◉ HEADLINES

7 termasuk empat maut dalam konsert Pinkfish dipercayai ambil pil jenis ekstasi

Semua ketujuh-tujuh mangsa tidak hadir bersama-sama di konsert tersebut tetapi hadir secara berasingan dengan kawan-kawan dan ahli keluarga masing-masing

8:09 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Siasatan awal polis mendapati tujuh individu termasuk empat yang meninggal dunia selepas menghadiri Pinkfish Countdown 2024 di Bandar Sunway pada malam sambutan Tahun Baharu, dipercayai mengambil pil ecstasy.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan bagaimanapun berkata, polis masih menunggu laporan analisis toksikologi untuk mengesahkan perkara itu termasuk punca kematian.

Jelasnya, polis mengesahkan sehingga kini telah menerima enam laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Namun, katanya, semua tujuh mangsa tidak hadir bersama-sama di konsert tersebut tetapi hadir secara berasingan dengan kawan-kawan dan ahli keluarga masing-masing.

“Kedua-dua hospital ini telah menerima tujuh orang pesakit yang telah menunjukkan simptom yang sama.

“Empat daripada mereka telah meninggal dunia (seperti yang dilaporkan sebelum ini) manakala dua pesakit masih menerima rawatan di ICU dan seorang lagi telah dicaj dari hospital,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, empat individu maut selepas selepas menghadiri konsert ambang tahun baharu ‘Pinkfish’ di Bandar Sunway.

Mereka yang maut adalah dua lelaki dan dua wanita berusia dalam lingkungan 20 hingga 40 tahun.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, polis telah membuka empat kertas siasatan mati mengejut (SDR) lanjutan kematian itu untuk mengenalpasti sebarang unsur jenayah atau keracunan.

Sehingga kini, katanya, enam percakapan saksi telah dirakamkan.

”Beberapa pihak lagi akan dipanggil untuk bantu siasatan termasuk pihak penganjur konsert dan rakan-rakan mangsa,” katanya. – 2 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related