◉ HEADLINES

PAS tiada prinsip, hipokrit untuk teruskan himpunan solidariti: Guan Eng

PAS sedang mengusahakan politik licik ala "Squid Game" bagi merebut kuasa dengan apa cara sekalipun, dakwa Guan Eng

12:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – DAP menyifatkan PAS sebagai tidak bertanggungjawab, tiada prinsip, hipokrit dan oportunis dalam membuat keputusan untuk meneruskan himpunan solidariti Najib pada Isnin ini.

Pengerusinya, Lim Guan Eng mendakwa tindakan itu membuktikan bahawa PAS sedang mengusahakan politik licik ala “Squid Game” bagi merebut kuasa dengan apa cara sekalipun.

“Rakyat Malaysia dapat melihat sendiri bagaimana PAS sanggup menggugat kesejahteraan sosio-politik dan ekonomi negara dalam bahaya dengan menghapuskan semua lawan politik dengan cara yang tidak jujur, termasuk sekutu politik mereka Bersatu yang tidak melibatkan diri dengan perhimpunan itu.
 
“Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari, cuba mengubah cerita dengan mendakwa DAP dan bukannya PAS yang menjadi peserta yang berdepan penyingkiran dalam “Squid Game”.

“Jelas PAS tidak mempunyai kreativiti dan keaslian dalam menggunakan analogi politik DAP sendiri untuk menggambarkan konspirasi politik PAS.

“Tambahan pula adakah Ahmad Fadhli benar-benar menonton “Squid Game” apabila pandangan radikal PAS dan pandangan ekstremis mungkin akan melabelkan program Netflix sebegitu sebagai lebih “haram” daripada “halal”?,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu PAS mengesahkan parti itu tetap hadir ke perhimpunan solidariti Datuk Seri Najib Razak berhubung isu Titah Adendum, Isnin ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, kehadiran ahli parti itu bukan untuk mencabar titah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) atau pun peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Sebaliknya katanya, ia adalah tanda solidariti kepada bekas Perdana Menteri tersebut dalam usaha mendapatkan hak, keadilan dan perlindungan di bawah undang-undang.

Sementara itu Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Mohd Puad Zarkashi menggesa PAS dan badan bukan kerajaan (NGO) membatalkan hasrat mengadakan himpunan berkenaan.

“Semua pihak seharusnya menerima nasihat yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim semalam.

“Kalau Umno sebagai pihak yang terkesan langsung dengan kes Najib maka kenapa tidak parti lain turut membuat keputusan sama,” katanya.

Menurut Puad, Umno sebagai sebuah parti yang menghormati Raja-Raja Melayu mengambil keputusan untuk membatalkan perhimpunan solidariti terhadap Najib atas nasihat Sultan Ibrahim.

“Umno parti yang mempertahankan kedaulatan Raja Raja Melayu. Oleh itu Umno menerima nasihat YDPA Agong Tuanku Sultan Ibrahim.

“Umno yakin pada ihsan dan kebijaksanaan YDP Agong agar Najib mendapat keadilan penuh,” katanya.

Dalam satu kenyataan malam tadi, Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Umno akur kepada segala saranan titah Seri Paduka agar menghormati kuasa prerogratif YDPA, untuk menggunakan saluran perundangan ditetapkan dengan mengemukakan rayuan dalam perkara dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Sebelum ini, Umno merancang untuk mengadakan perhimpunan di pekarangan Istana Kehakiman di Putrajaya pada Isnin depan bagi menyatakan solidariti terhadap Najib berhubung isu Titah Adendum.

Namun petang semalam Istana Negara dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa cadangan supaya mana-mana banduan diberikan keampunan atau pengurangan hukuman, hendaklah dikemukakan banduan terbabit untuk dipertimbangkan oleh Lembaga Pengampunan dipengerusikan YDPA pada mesyuarat akan datang.

Susulan itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain meminta orang ramai supaya tidak menyertai sebarang perhimpunan dianjurkan mana-mana pihak berkaitan isu tuntutan mendapatkan pengampunan diraja. – 4 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related