◉ HEADLINES

Titah Adendum: Wan Saiful mohon Majlis Raja-Raja bincang “penderhakaan” Anwar

Ahli Majlis Tertinggi Bersatu menuduh PM ‘lari’ daripada soalan berkaitan Titah Adendum tahanan rumah Datuk Seri Najib Razak, memberi amaran wujudnya ‘krisis perlembagaan’

1:45 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Tertinggi Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan menggesa Majlis Raja-Raja membincangkan segera apa yang disifatkannya sebagai “penderhakaan” Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kontroversi Titah Adendum tahanan rumah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam kenyataan tegas yang dimuat naik di media sosialnya, Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu menuduh Anwar mengelak soalan mengenai perkara itu dan berkata mengelaknya berulang kali adalah penghinaan kepada institusi Yang di-Pertuan Agong.

“Anwar Ibrahim terus menerus lari apabila ditanya mengenai Titah Addendum. Sikap ini bukan sahaja suatu penderhakaan kepada institusi Yang di-Pertuan Agong, tetapi membuka negara kepada satu krisis Perlembagaan,” kata Wan Saiful.

Beliau kemudian mendakwa bahawa tindakan Anwar telah membawa kepada risiko membentuk persepsi rakyat bahawa ada titah Raja-Raja Melayu yang boleh untuk tidak dihiraukan dan menjejaskan kepercayaan antara institusi Raja dan kerajaan.

Dalam catatan Facebooknya, beliau turut menyertakan video ketika media cuba mendapatkan penjelasan dari perdana menteri berkaitan Titah Adendum, namun hanya dijawab dengan lambaian tangan Anwar sambil menuju kenderaannya sebelum meninggalkan premis itu.

Kontroversi itu tercetus selepas pasukan undang-undang Najib mendakwa bahawa titah diraja telah dikeluarkan, membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah.

Bagaimanapun, bahagian hal ehwal undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri telah menafikan sebarang rekod mengenai perintah sedemikian selain tiada pemberitahuan rasmi diterima daripada pihak istana.

Kenyataan BHEUU, yang dikeluarkan semalam, menjelaskan bahawa semua perkara berkaitan Lembaga Pengampunan telah diproses mengikut prosedur undang-undang yang ditetapkan.

Ia seterusnya mengesahkan bahawa tiada dokumen tambahan berkaitan kes itu telah direkodkan dalam mana-mana fail rasmi, dan tiada komunikasi diterima daripada istana mengenai perkara ini.

Pada 6 Januari, Mahkamah Rayuan memberi kebenaran kepada Najib untuk mendapatkan semakan terhadap Titah Adendum.

Persoalan yang timbul ialah, adakah Perdana Menteri dan Kerajaan boleh menidakkan titah bertulis seorang Yang di-Pertuan Agong, semata-mata kerana Raja telah bertukar,” katanya.

“Apakah kita boleh percaya bahawa selama setahun Perdana Menteri langsung tidak tahu mengenai kewujudan titah itu? Siapa yang membohong?”

“Jika alasannya ialah Yang di-Pertuan Agong bertukar, adakah kerajaan mahu memberitahu rakyat bahawa titah Raja-Raja Melayu ada “expiry date”?”

Beliau memberi amaran bahawa kegagalan kerajaan menangani perkara itu akan membawa akibat yang serius kepada institusi diraja dan integriti perlembagaan negara.

“Ini adalah isu yang menjejaskan kepercayaan antara kerajaan dan raja. Jika tidak diselesaikan, ia berisiko menghakis rasa hormat terhadap kewibawaan pemerintah.

“Sikap sebegini berisiko membentuk persepsi rakyat bahawa ada titah Raja-Raja Melayu yang boleh untuk tidak dihiraukan,” tambah Wan Saiful sambil menyeru kedudukan Anwar dibincangkan demi memelihara kedaulatan dan penghormatan kepada institusi Raja dan Institusi Yang di-Pertuan Agong. – 11 Januari 2025

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related