◉ HEADLINES

Demam babi Afrika dikesan di Keningau, langkah kawalan sudah diambil: Jeffrey

Penemuan ini menjadikan daerah Keningau bertukar semula status daripada zon hijau (Zon Pemulihan) kepada zon merah (Zon Terjangkit)

3:36 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Satu kes penyakit demam babi Afrika (ASF) telah dikesan semula di daerah Keningau pada 7 Januari lalu melibatkan seorang penternak babi kampung, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan.

Jeffrey yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah berkata, 12 daripada 20 ekor babi ternakan penternak tersebut telah dikesan dengan ASF dan berikutan itu tindakan pelupusan serta kawalan pergerakan babi di ladang tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Keningau.

“Penemuan ini menjadikan daerah Keningau bertukar semula status daripada zon hijau (Zon Pemulihan) kepada zon merah (Zon Terjangkit).

“Berdasarkan siasatan lapangan, ternakan babi tersebut menunjukkan tanda-tanda klinikal seperti kurang selera makan, lemah, hidung berair dan akhirnya mati dan sampel yang diambil menunjukkan positif terhadap penyakit ASF,’’ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Keningau telah diisytihar sebagai daerah dijangkiti ASF pada 1 Julai 2021.

Ketika ini tiada kes terbaru dikesan pada babi hutan dan smua ladang babi komersil di Tawau, Sandakan, Tenom, Papar, Tuaran dan Penampang juga masih bebas penyakit ASF.

Dalam pada itu, Jeffery memberitahu, tindakan kawalan pantasdiambil oleh DVS selaras dengan arahan di bawah Subseksyen 45(2) Enakmen Haiwan 2015 yang mengenakan antaranya sekatan kawalan pergerakan babi dan produk babi daripada daerah Keningau serta servalens aktif serta pasif juga dipertingkat di seluruh Sabah bagi memastikan penyakit ini tidak menular.

Selain itu, penternak dinasihatkan untuk mempertingkat biosekuriti ladang dan kandang menternak dan dilarang memberi sisa buangan dapur yang tidak dimasak semula kepada ternakan babi dan melawat kandang atau ladang yang berpenyakit.

Dalam pada itu, Jeffery memberitahu bekalan daging babi menjelang perayaan Tahun Baru Cina adalah mencukupi dari ladang babi tempatan di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. – 12 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related