◉ HEADLINES

Tanah runtuh di Jalan Ion Delemen, Genting Highlands, kerja pembersihan giat dijalankan

Operasi di Resort World Genting (RWG) tidak terjejas dan boleh diakses sepenuhnya melalui jalan utama Jalan Genting Highlands, menurut kenyataan

6:44 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kejadian tanah runtuh yang berlaku di Jalan Ion Delemen, Genting Highlands pada jam 2.30 pagi tadi adalah di luar kawasan Resorts World Genting (RWG).

Genting Malaysia Berhad dalam kenyataan memberitahu, pihaknya telah menghantar pasukan keselamatan dengan segera dan mereka bekerjasama rapat dengan polis serta Bomba.

“Keselamatan dan kesejahteraan semua individu yang terjejas menjadi keutamaan kami.

“Kami memberi jaminan bahawa pengunjung serta kakitangan di RWG berada dalam keadaan selamat.

“Malah, operasi kami di RWG juga tidak terjejas dan boleh diakses sepenuhnya melalui jalan utama Jalan Genting Highlands,” katanya.

Terdahulu, kejadian tanah runtuh itu turut mendapat perhatian pelakon Trisha Ooi yang memaklumkan kejadian tanah runtuh di Genting Highlands sehingga menyebabkan dia serta beberapara kru produksi terperangkap.

Ia menyebabkan mereka terperangkap dan tidak dapat meneruskan perjalanan ke Janda Baik untuk menjalani penggambaran sebuah drama di sana.

Menurut Trisha, kesemua mereka yang terperangkap berada dalam keadaan selamat dan turut bersyukur kerana tidak berada di laluan terjejas ketika insiden itu berlaku. – 17 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related