◉ HEADLINES

Polis buru suspek pukul, seret lelaki OKU di pasar tani

Kes OKU dipukul ini turut mendapat perhatian Caprice yang meminta polis mengambil tindakan segera ke atas pelaku terbabit

1:05 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) kategori ketidakupayaan mental cedera selepas dipukul oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Terengganu, semalam.

Video berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan lelaki itu dipukul dan diseret, kini tular di media sosial.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Wan Muhammad Wan Jaafar, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 9.30 pagi dan kini sedang mengesan mereka yang terlibat.

Jelasnya, siasatan mendapati mangsa yang berusia 47 tahun itu adalah pemegang kad OKU kategori ketidakupayaan mental.

Menurutnya, ketika itu, lelaki terbabit menunggang sebuah motosikal memasuki tapak jualan tersebut dan dikatakan terlanggar sebuah gerai jualan di situ menyebabkan barangan jualan tumpah dan terjatuh.

“Kejadian itu menyebabkan beberapa individu yang berada di tempat kejadian bertindak memukul mangsa.

“Mangsa dihantar ke Hospital Kemaman dan dirawat sebagai pesakit luar,’’ katanya.

Dalam pada itu, kejadian berkenaan turut mendapat perhatian selebriti media sosial, Caprice yang turut memuatnaik video tersebut di dalam Instagramnya.

Caprice turut membidas perlakuan ‘tidak waras’ memukul OKU itu dan kemudian mengheretnya. – Tangkap layar dari Instagram Caprice

Sambil mengecam insiden tersebut, Caprice turut membidas orang ramai yang berada di situ tetapi tidak menghulurkan bantuan kepada mangsa, dan menyifatkan mereka sebagai toksik ‘herd mentality’.

Jelas Caprice, meskipun lelaki itu melanggar gerai terbabit namun perbuatan kejam memukulnya tidak boleh diterima akal.

“Imagine that. Pukul ramai-ramai, lepas tu drag the OKU across the street like an animal. Sick. Walaupun dia salah langgar gerai, tapi korang lagi salah belasah orang ramai-ramai macam tu.

“lain kali guys, jgn pandai-pandai ambil tindakan sendiri. Kalau percaya kepada rezeki.. tak akan jadi sampai macam ni. Walaupun sakit bila gerai kena langgar… lagi sakit duduk dalam lokap,’’ katanya. – 18 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related