◉ HEADLINES

Curi bungkusan pelanggan, 7 pekerja syarikat kurier dicekup

Kejadian disedari oleh pengurus syarikat itu selepas menerima aduan pelanggan memperoleh bungkusan kosong

1:29 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tujuh pekerja syarikat kurier disyaki terlibat mencuri bungkusan dikirim pelanggan membabitkan kerugian RM21,818, ditahan dalam beberapa siri serbuan di Lembah Klang dan Nilai, Negeri Sembilan bermula Isnin hingga semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohd Azam Ismail berkata, mereka yang ditahan adalah enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 21 hingga 51 tahun.

Kejadian tersebut, katanya, dipercayai berlaku di gudang syarikat kurier berkenaan di Taman Cheras Indah di sini.

Menurutnya, kejadian itu disedari oleh pengurus keselamatan syarikat itu yang membuat siasatan dalaman selepas menerima aduan pelanggan bahawa mereka mendapat bungkusan kosong selepas penghantaran dibuat syarikat kurier itu.

“Siasatan dalaman mendapati terdapat beberapa pekerja membawa keluar bungkusan dari gudang tanpa membuat urusan daftar keluar barang serta mengesyaki pekerja syarikat telah mencuri bungkusan milik pelanggan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata seorang lelaki dan wanita tempatan yang ditahan telah didakwa di Mahkamah Ampang di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan pada Khamis manakala baki lima lagi suspek direman empat hari bermula semalam hingga 20 Jan.

Kes disiasat di bawah Sekyen 381 dan 380 Kanun Keseksaan. – 18 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

RM200m World Cup rights fee puts Malaysia’s 2026 viewing at risk

Malaysia could miss live coverage of the 2026 FIFA World Cup as a steep RM200 million broadcasting fee strains Astro and RTM, raising doubts over whether fans will be able to watch football’s biggest tournament

Education Ministry scraps teacher training system to lighten workload

Minister Fadhlina Sidek vows to help teachers focus on what matters most – teaching – as new curriculum changes approach

◉ Related