◉ HEADLINES

3 penjenayah curi kenderaan, samun, ditembak mati di Rawang

Suspek berusia antara 40 hingga 43 tahun dan mempunyai puluhan rekod jenayah lampau

6:27 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Polis menembak mati tiga penjenayah yang aktif dalam kes samun dan curi kenderaan di Persiaran Kota Emerald, Rawang, tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dua suspek adalah warga tempatan berusia antara 40 hingga 43 tahun dan mempunyai puluhan rekod jenayah lampau.

Manakala identiti seorang lagi lelaki belum dapat dikenal pasti kerana ketiadaan dokumen pengenalan diri.

Menurutnya, polis daripada JSJ Bukit Aman menjalankan ‘Ops Lejang’ dan cuba menahan penjenayah berkenaan pada tengah hari tadi.

“Namun suspek melepaskan tembakan dan melarikan diri sehingga ke Persiaran Kota Emerald.

“Polis bertindak mengejar kenderaan tersebut hingga sejauh 750 meter, dan berjaya menembak mati ketiga-tiga suspek,’’ katanya pada sidang media hari ini.

Menurutnya, modus operandi kumpulan penjenayah itu adalah menggunakan kenderaan yang disewa sebelum menukar nombor pendaftaran kepada nombor palsu bagi menjalankan kegiatan jenayah.

“Kita percaya mereka dalam usaha melakukan satu lagi jenayah pada hari ini,’’ katanya.

Beliau berkata, suspek dipercayai terlibat dalam 17 kes kecurian bagi tempoh 18 hari tahun ini di Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Pulau Pinang dengan kebanyakannya membabitkan kenderaan pacuan empat roda.

Shuhaily memberitahu, polis turut menemukan antaranya dua pucuk pistol, dua bilah parang, satu unit nyahaktif penggera keselamatan kenderaan, lima set nombor pendaftaran kenderaan dipercayai palsu dan satu peket dadah dipercayai syabu di dalam kenderaan terbabit.

Mereka juga, katanya, hanya mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mencuri kereta. – 18 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related