◉ HEADLINES

Kes pukul OKU: menghukum tidak boleh ‘diswastakan’, serah pada pihak berkuasa

Sekiranya polis mendapati ada kesalahan yang berlaku, maka terserah kepada Pejabat Peguam Negara untuk membawa kes itu ke mahkamah

3:37 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mengambil tindakan lanjut berhubung kes seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental yang dipukul orang ramai di Pasar Tani Padang Astaka, Chukai, Terengganu, baru-baru ini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang juga jurucakap kerajaan Perpaduan berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa tindakan lanjut yang bersesuaian.

Dalam masa sama, beliau turut meluahkan rasa kesal terhadap insiden yang menimpa mangsa.

“Seharusnya perkara seperti ini (pukul OKU) tidak sepatutnya berlaku. Ada yang menulis dalam media sosial bahawa menghukum itu tidak boleh ‘diswastakan’ dan saya sangat terkesan dengan ayat itu.

“Kita tidak boleh menghukum (pukul) walau apa yang berlaku. Kita tidak boleh ambil tindakan sendiri dan serahkan kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan.

Sekiranya pihak polis mendapati ada kesalahan yang berlaku, maka terserah kepada Pejabat Peguam Negara untuk membawa kes itu ke mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas sesi ramah mesra dengan Kelab Media Kelantan Darul Naim (Kemudi) di Ayang Cafe di Kelantan, hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial video berdurasi 1 minit 52 saat yang memaparkan seorang lelaki dipukul dan diheret oleh beberapa individu di Pasar Tani Padang Astaka Chukai pada Jumaat lalu.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas seorang OKU, Ahmad Nor Al Faizan Jusoh, 47, yang menunggang motosikal terlanggar salah sebuah gerai sehingga menyebabkan makanan jualan bertebaran jatuh.

Kejadian itu mengundang kecaman warga maya yang menyifatkan tindakan memukul individu tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan. – 21 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related