◉ HEADLINES

Malaysia tidak boleh miliki undang-undang lapuk hadapi cabaran baharu: Anwar

Perdana Menteri turut menyuarakan komitmen kerajaan untuk menampilkan undang-undang terkini yang sejajar dengan perkembangan global

2:36 PM MYT

 

DAVOS (Switzerland) – Malaysia tidak boleh masih memiliki undang-undang lapuk bagi menangani banyak cabaran baharu yang muncul, terutamanya dalam mengharungi arus kemajuan pesat teknologi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Bercakap pada sesi taklimat media bertajuk “Unlocking ASEAN’s Digital Future: Driving Inclusive Growth and Global Competitiveness” di Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025, perkembangan itu menuntut kerajaan memupuk peluang-peluang besar dalam kerjasama antarabangsa bagi menghadapi cabaran-cabaran berkenaan.

Beliau turut menyuarakan komitmen kerajaan untuk menampilkan undang-undang terkini yang sejajar dengan perkembangan global.

“Kita ambil semua undang-undang terkini yang berkaitan di seluruh dunia, dan menyesuaikannya dengan sewajarnya, untuk meneruskannya. Mujur kerajaan mempunyai sokongan majoriti dua pertiga di parlimen. Itu sangat membantu.

“Ini kerana orang ramai akan melihat pelbagai perkara yang perlu kita lakukan untuk memberi makna kepada kerjasama yang berkesan dan dasar yang jelas, serta pelaksanaan pantas yang berkesan,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan.

Penceramah lain pada sesi 30 minit yang dikendalikan oleh Ketua Pembangunan dan Perancangan Media WEF Dai Di itu ialah Worldwide Managing Partner Bain & Company Christophe De Vusser dan Ketua Agenda Serantau WEF untuk Asia-Pasifik Joo-Ok Lee.

Ketika ditanya bagaimana untuk mencapai potensi penuh ASEAN yang menyaksikan Malaysia sebagai pengerusi perkumpulan serantau berkenaan tahun ini, Anwar berkata semua pemimpin anggota mesti terus merangka dasar yang betul, terutamanya mengenai kemajuan pesat teknologi baharu.

“Kerjasama itu bermaksud semua perlu merendah diri untuk mengakui bahawa ini adalah teknologi baharu yang mencabar. Kita tidak mempunyai semua jawapan, oleh itu kerjasama mesti bermula dengan semua pihak terlibat, daripada pemain, syarikat-syarikat besar dan juga negara.

“Sekarang tugasnya bukan untuk muncul dengan jawapan, sebaliknya untuk mendapatkan semua input yang diperlukan, mengenai apa yang perlu dilakukan. Sudah pastinya ekosistem yang perlu ada, termasuk lapangan terbang, pelabuhan, infrastruktur, pusat kecemerlangan, penyelidikan dan kerjasama dengan universiti,” katanya.

Beliau berkata selain kerjasama dalam kalangan pemimpin ASEAN, adalah juga penting untuk melibatkan sektor swasta, kerana teknologi adalah bidang yang memerlukan kerajaan untuk mengakui batasan mereka dan menerima pendekatan kolaboratif jika mereka ingin berjaya.

Anwar kini mengetuai delegasi Malaysia dalam lawatan kerja tiga hari untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan WEF 2025, di sini.

Ini merupakan penyertaan pertamanya dalam WEF sejak memegang jawatan Perdana Menteri pada 2022.

Dengan tema “Collaboration for the Intelligent Age”, sidang kemuncak peringkat tinggi yang bermula semalam dan berlangsung sehingga 24 Jan itu akan membincangkan pelbagai perkara, antaranya berkaitan peranan dan sumbangan teknologi baru muncul serta inovasi terkini dalam menangani isu ekonomi global. – 22 Januari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related