◉ HEADLINES

PAS yakin Muafakat Nasional boleh dihidupkan dengan ‘pertukaran pimpinan Umno’

'Kita tahu siapa yang menolak (kerjasama) itu sebelum ini, mungkin dengan pertukaran kepimpinan dalam Umno, mana tahu pintu akan terbuka luas,' kata Mursyidul Am PAS

8:00 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – PAS menegaskan parti itu tidak pernah menutup pintu bagi mewujudkan kerjasama dengan Umno demi perpaduan ummah, kata Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin.

Menurutnya, biarpun PAS dan Umno pernah berusaha untuk bekerjasama menerusi Muafakat Nasional (MN), namun sedikit masalah menggugat usaha berkenaan.

“Dengan Umno ini dah pun kita rancang dan wujudkan perpaduan ummah termasuk ada piagamnya, tapi mungkin ada masalah sikit, tapi pintu kita tak pernah tutup.

“Kita pun tahu siapa yang menolak (kerjasama) itu sebelum ini, mungkin dengan pertukaran kepimpinan dalam Umno, mana tahu pintu akan terbuka luas balik, InsyaAllah.

“Apa-apa pun kita lihat nanti lepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) nanti,” katanya kepada Scoop.

Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkata PAS tidak pernah menutup pintu kerjasama itu. – Gambar fail Scoop, 3 Februari, 2025

Sebelum ini bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat, Mohd Asri Mat Daud berkata, beliau yakin persefahaman antara PAS dan Umno dalam menghidupkan kembali MN mampu direalisasikan menjelang Pilihan PRU16.

“Biarpun ada pemimpin di pihak sana kata kerjasama MN ini dah ‘mati’, tapi boleh dihidupkan… kita tidak melihat MN ini sudah terkubur.

“Akar umbi Umno dan PAS, mereka lebih suka bermuafakat, memang rata-rata kalau pergi ke akar umbi, saya rasa pimpinan atas pun tahu, mereka minta supaya MN dihidupkan kembali,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada kerjasama itu akan ditentang Bersatu yang kini bersama PAS dalam Perikatan Nasional (PN), Hashim berkata perkara itu boleh diselesaikan antara parti terbabit.

“Itu terpulang kepada mereka (Umno dan Bersatu), tapi bagi PAS, kita terbuka untuk perpaduan ini, kita sentiasa berdoa.

“Dengan kes-kes yang berlaku sekarang ini sama ada dalam dan luar negara mungkin membuka jalan untuk pimpinan-pimpinan memikirkan apa yang perlu kita beri keutamaan demi penyatuan ummah dan Islam,” katanya.

Bagaimanapun Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini menolak cadangan untuk menghidupkan semula MN, sebaliknya mahu fokus membentuk kerjasama dengan parti Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, rakyat boleh menilai sendiri apa yang sedang berlaku dan biarlah politik itu berdasarkan kepada sistem demokrasi dengan menggunakan nilai-nilai Islam sebagai keutamaan.

Untuk rekod, MN adalah kerjasama politik antara Umno dan PAS yang dibentuk pada 14 September 2019 susulan Himpunan Penyatuan Ummah. – 3 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

[WATCH] Roblox, PS5, and online games not included in Malaysia’s under-16 social media restrictions: Teo Nie Ching

Deputy Communications Minister says phased Online Safety Act targets major social media platforms first, highlights govt’s measured rollout and parental responsibility in online safety

AFC confident ACLE fixtures will be completed despite regional disruptions

The Asian Football Confederation is closely monitoring scheduling challenges caused by regional conflicts but remains confident that all AFC Champions League Elite fixtures will be completed, with only match dates likely to change while the final venue in Jeddah stays the same

Best results since 2013: SPM 2024 shows improvement across the board

14,179 students scored straight A’s, significantly increasing from 11,713 last year and highest number in over a decade

◉ Related