◉ HEADLINES

Cadangan keluarkan MCA seperti ‘bermimpi di siang hari’: Zahid

Timbalan Perdana Menteri berkata, pihaknya tidak pernah terpengaruh dengan mana-mana desakan untuk menyingkirkan mana-mana parti komponen dalam BN

3:56 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegaskan gabungan itu tidak pernah membincangkan untuk mengeluarkan MCA sebaliknya komited untuk mengekalkan semangat jitu setiap parti komponen.

Timbalan Perdana Menteri menyifatkan cadangan individu tertentu itu sebagai ‘bermimpi di siang hari’.

“Kita tidak pernah terpengaruh dengan mana-mana desakan untuk menyingkirkan mana-mana parti komponen dalam BN.

“…tidak pernah dibincangkan (mengeluarkan MCA dari BN) cadangan itu hanyalah desakan daripada orang yang ‘bermimpi di siang hari’,” kata Ahmad Zahid yang juga Presiden Umno dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Inap Desa di Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

BN dianggotai Umno, MCA, MIC dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Media baru-baru ini melaporkan Presiden MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendedahkan terdapat ‘orang luar’ yang mencadangkan agar Umno menyingkirkan MCA daripada BN. – 4 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related