◉ HEADLINES

Jakim nasihat pendakwah bebas tidak kenakan bayaran terlalu tinggi

Jakim bekerjasama dengan majlis agama negeri bagi memantau dakwaan pendakwah mengenakan caj tinggi bagi aktiviti mereka

5:09 PM MYT

 

LABUAN – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan pendakwah bebas supaya tidak mengenakan bayaran yang terlalu tinggi untuk berdakwah, di samping mengingatkan supaya mereka tidak menyamakan status diri dengan selebriti.

Ketua Pengarahnya Datuk Sirajuddin Suhaimee berkata jabatan itu bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa dan majlis agama negeri bagi memantau dakwaan berhubung pendakwah mengenakan caj tinggi bagi aktiviti mereka.

“Kita sedang memantau, kerana kita ada mendengar mengenai dakwaan sebegitu… Pendakwah ini dinasihatkan agar tidak menganggap diri mereka seperti selebriti yang mengaut keuntungan daripada suara mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah Projek Wakaf untuk membina Surau Al-Kausar Jabatan Kesihatan Labuan hari ini.

Beliau menggesa para pendakwah supaya mengenakan bayaran sederhana untuk perkhidmatan mereka bagi menjaga kesucian dakwah dan menegakkan imej positif Islamiah, di samping mengelak daripada timbulnya persepsi tidak baik terhadap mereka yang diamanahkan menyebarkan ajaran agama.

Dr Sirajuddin berkata bagaimanapun jabatan itu masih belum melihat keperluan untuk memperkenalkan garis panduan khusus mengenai bayaran bagi pendakwah, dan keadaan masih terkawal. – 9 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related