◉ HEADLINES

Kanak-kanak tidak dibenarkan tunai haji tahun ini

Keputusan berkenaan dibuat bagi memastikan keselamatan kanak-kanak memandangkan kesesakan yang luar biasa setiap kali musim haji

1:14 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Arab Saudi telah memperkenalkan beberapa peraturan ketat menjelang musim Haji pada Jun ini termasuk tidak membenarkan kanak-kanak untuk menyertai jemaah haji ke Tanah Suci.

Keputusan berkenaan dibuat oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, bagi memastikan keselamatan kanak-kanak memandangkan kesesakan yang luar biasa setiap kali musim haji.

“Langkah ini diambil untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta untuk mengurangkan sebarang potensi kemudaratan semasa musim haji,’’ kata kementerian tersebut, lapor azernews.az.

Selain itu, kementerian terbabit turut memperkenalkan beberapa inisiatif baru bertujuan meningkatkan keselamatan termasuk pengenalan sistem pintar yang direka untuk membimbing dan mengawal pergerakan jemaah haji serta peningkatan infrastruktur bagi memberikan keselesaan.

Sebagai tambahan, ia turut memberikan keutamaan kepada jemaah haji kali pertama.

Pendaftaran untuk musim haji 2025 telah bermula secara rasmi dengan warganegara dan penduduk Arab Saudi boleh mendaftar dengan menggunakan aplikasi Nusuk atau laman web rasmi.

Bagi Malaysia, Pada 15 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar mengesahkan kuota haji pada tahun ini adalah seramai 31,600 jemaah dan sedang berusaha mendapatkan 10,000 lagi kuota tambahan daripada Arab Saudi.

Jumlah kuota haji itu adalah di antara kandungan Memorandum Urusan Haji yang ditandatangani beliau dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfig Fawzan Al-Rabiah di Superdome, Jeddah, baru-baru ini.

Memorandum itu, katanya, membabitkan beberapa persetujuan, antaranya jumlah kuota haji rasmi Malaysia seramai 31,600 orang tahun ini, selain negara akan menyelesaikan semua kontrak bersama pelbagai pihak di Arab Saudi, lebih awal bagi memudahkan pengurusan jemaah haji di tanah suci. – 12 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

House arrests been granted before so don’t pull wool over our eyes: Shafee

Datuk Seri Najib Razak's lawyer points to precedent in Kenneth Lee's murder case, provisions in Prisons Act

Malaysia crowned Sepak Takraw World Cup champions after Thailand walkout

Malaysia shattered Thailand’s three-title streak to clinch the 2026 Sepak Takraw World Cup team regu crown in a fiery final at Stadium Titiwangsa. The clash ended in chaos when Thailand stormed off in protest, leaving more than 3,000 fans to celebrate a dramatic 2-1 victory on home soil

◉ Related