◉ HEADLINES

Kerajaan tidak setuju cadangan wujudkan menteri agama bukan Islam: Anwar

Perdana Menteri berkata cadangan itu tidak diterima oleh Jemaah Menteri dan melihatnya sebagai pandangan peribadi seorang Ahli Parlimen

3:49 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bagi bukan Islam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Perdana Menteri, cadangan itu tidak diterima oleh Jemaah Menteri dan melihatnya sebagai pandangan peribadi seorang Ahli Parlimen.

“Kita ada Menteri Agama, Menteri Perpaduan, ada jawatankuasa harmoni yang mewakili semua kaum, semua agama di Malaysia, jadi saluran itu memadai.

“Soal pelantikan itu (jawatan Menteri) pun budi bicara Perdana Menteri dan ia tiada dalam perkiraan,” katanya.

Beliau ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid As-Salam di Puchong Perdana di sini hari ini.

Pada Rabu, Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui mencadangkan supaya portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua.

Yu Hui menyarankan ia dipecahkan kepada portfolio untuk urusan agama Islam dan satu lagi hal ehwal bukan Islam.

“Beberapa kerajaan negeri seperti Pulau Pinang, Perak dan Negeri Sembilan sudah lama mempunyai exco hal ehwal bukan Islam. Maka peringkat persekutuan juga boleh mencontohi langkah ini untuk menjamin hak semua rakyat.

“Saya mencadangkan agar portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dipecahkan kepada dua, satu khusus untuk urusan agama Islam dan satu lagi untuk hal ehwal bukan Islam,’’ katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat. – 14 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related