◉ HEADLINES

Pelakon Korea Selatan, Kim Sae Ron ditemui meninggal dunia

Kim Sae Ron mula berlakon pada usia sembilan tahun namun insiden memandu dalam keadaan mabuk pada 2022 menyebabkan dia menghentikan kegiatan lakonan

8:54 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Aktres Korea Selatan, Kim Sae Ron ditemui maut di rumahnya di Seongdong-gu, Seoul, pada Ahad. Kim berusia 24 tahun.

Mayat Kim ditemui oleh rakannya yang kemudian menghubungi polis kira-kira jam 4.50 petang, lapor The Korea Herald.

Polis kini sedang menyiasat punca kematiannya, namun pihak berkuasa setakat ini tidak menemui sebarang tanda-tanda jenayah atau pecah masuk di kediamannya.

Dilahirkan pada 2000, Kim terkenal dengan penampilan dalam filem aksi “The Man from Nowhere” pada 2010 dan “The Neighbor” pada 2012.

Dia memulakan karier lakonannya ketika berusia sembitan tahun pada 2009.

Drama lakonannya yang terakhir adalah “Bloodhounds,” yang diterbitkan pada 2023. Bloodhounds turut dibintangi Woo Do Hwan dan Lee Sang Yi.

Dia menghentikan karier lakonannya selepas insiden memandu dalam keadaan mabuk pada Mei 2022. Mahkamah mengenakan denda kira-kira RM61,581. – 17 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related