◉ HEADLINES

Malaysia, Bahrain sedia teroka bidang kerjasama baru: Anwar

Pada pertemuan selama sejam itu, Anwar turut membincangkan perkembangan serantau dengan penekanan khusus terhadap isu Palestin

9:18 PM MYT

 

MANAMA (BAHRAIN) – Malaysia dan Bahrain bersedia untuk meneroka bidang kerjasama baharu termasuk dalam sektor semikonduktor, berikutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara tahun lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar menyatakan perkara itu pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan Perdana Menteri Bahrain Salman Hamad Al Khalifa, di Istana Gudaibiya, di sini, hari ini.

“Dalam pertemuan ini, kami dapat menilai tahap kemajuan hubungan dua hala antara Malaysia dan Bahrain selain berpeluang meneroka bentuk kerjasama baharu.

“Kerjasama ini meliputi beberapa bidang tumpuan antaranya pelaburan dan perdagangan, kewangan dan perbankan Islam, semikonduktor serta kesalinghubungan meliputi sektor pelancongan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Anwar tiba di Bahrain hari ini untuk lawatan rasmi ke negara Teluk tersebut atas jemputan Putera Mahkota itu.

Pada pertemuan selama sejam itu, Anwar turut membincangkan perkembangan serantau dengan penekanan khusus terhadap isu Palestin.

“Perkara ini memerlukan kerjasama serta tekad yang menyeluruh untuk memastikan saudara Islam di sana dalam keadaan baik, selain mendapat pembelaan sewajarnya,” kata beliau.

Sebagai sebahagian daripada tugas Malaysia selaku Pengerusi ASEAN, Anwar turut menjemput Putera Mahkota untuk melawat Malaysia atau menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta Sidang Kemuncak ASEAN-GCC+ China yang akan datang.

“Semoga hubungan Malaysia dan Bahrain terus diperkukuh sekali gus dapat menarik lebih banyak pelaburan demi kemajuan dan potensi ekonomi negara,” kata beliau.

Esok, Perdana Menteri dijadualkan menghadap Raja Bahrain Raja Hamad Isa Al Khalifa di Istana Sakhir, yang menjadi lokasi acara diraja di bahagian selatan negara itu.

Selain itu, beliau yang juga Menteri Kewangan akan mengadakan perbincangan dengan Menteri Kewangan Bahrain, Shaikh Salman Khalifa Al Khalifa, serta melawat Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain bagi meneroka kerjasama ekonomi.

Perdana Menteri juga dijadualkan bertemu diaspora Malaysia dalam satu majlis makan malam, malam ini.

Sebanyak 297 rakyat Malaysia tinggal di Bahrain, termasuk tiga pelajar yang sedang melanjutkan pengajian tinggi di negara yang terkenal sebagai antara negara dengan nilai mata wang tertinggi di dunia. – 19 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

◉ Related