◉ HEADLINES

Kesuma lapor polis dakwaan normalisasikan unsur pluralisme

Kesuma berkata tuduhan yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook itu adalah berniat jahat dan cuba membakar sentimen keagamaan

8:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini berhubung dakwaan seorang pengguna Facebook kononnya terdapat usaha untuk normalisasi unsur pluralisme dan liberalisme pada program Town Hall Pekerja Gig 2025.

Dalam satu kenyataan hari ini, Kesuma berkata tuduhan yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook itu adalah berniat jahat dan cuba membakar sentimen keagamaan.

Ia juga, katanya cuba mencetuskan kegelisahan awam serta memberi persepsi yang buruk terhadap imej kementerian.

“Tuduhan jahat ini juga telah menutup tujuan asal program itu untuk memperkenalkan satu undang-undang baharu bagi memberi hak dan perlindungan kepada sejumlah 1.12 juta pekerja gig dalam negara ini,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, portal berita melaporkan pengguna Facebook dengan nama akaun Chegubard mendakwa kain rentang bagi promosi satu sesi dialog awam anjuran Kesuma mengandungi gambar gereja dan ia menyifatkan perkara itu sebagai satu usaha pluralisme dan sekularisme.

Menurut Kesuma, tuduhan berkenaan disifatkan sebagai cubaan menjejaskan kredibiliti penjawat awam di kementerian terbabit yang sedang bertungkus lumus membuat persiapan bagi membentangkan Akta Pekerja Gig 2025 tidak lama lagi.

“Kesuma sentiasa komited dan menjunjung prinsip Rukun Negara dalam memelihara nilai keterangkuman, perpaduan dan rasa hormat dalam kalangan rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi Bernama mengesahkan laporan dibuat di IPD Putrajaya.

Bagaimanapun kes berkenaan, katanya telah dirujuk ke IPD Shah Alam. – 25 Februari, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related