◉ HEADLINES

Razman direhatkan daripada tugas Pesuruhjaya PAS Perak?

Tugas beliau dikatakan dipangku oleh Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad namun tiada makluman rasmi mengenai

5:18 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gunung Semanggol, Razman Zakaria, yang sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi melibatkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dilaporkan telah direhatkan daripada jawatan Pesuruhjaya PAS Perak.

Tugas beliau dikatakan dipangku oleh Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Idris Ahmad, lapor Sinar Harian.

Meskipun tiada makluman rasmi mengenai perkara itu, namun menerusi perkongsian ucapan sempena Ramadan esok, jawatan Pesuruhjaya PAS Perak tidak ditulis di dalamnya.

Hanya jawatan Adun dan Timbalan Pengerusi PN Perak sahaja yang dimasukkan di dalam ucapan tersebut, sekali gus mencetuskan tanda tanya.

Ucapan menyambut Ramadan yang dimuatnaik dalam Facebook Razman Zakaria, hari ini. – Gambar Facebook, 1 Mac, 2025

Razman, sebelum ini mencetus kontroversi apabila mendakwa Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sebagai anak kepada Pengasas Kumpulan YTL, mendiang Tan Sri Dr Yeoh Tiong Lay.

Razman kemudiannya memohon maaf kepada kedua-dua pihak atas kesilapan yang dilakukannya dan mengakui terkhilaf apabila mengaitkan Hannah dengan konglomerat YTL menerusi video berdurasi 19 saat pada Ceramah Kebangkitan Rakyat di Seri Iskandar, Parit pada Ahad.

Bagaimanapun Hannah memaklumkan beliau akan mengambil tindakan undang-undang dan menyifatkan fitnah tidak boleh dibenarkan menjadi satu kebiasaan terutamanya oleh orang yang beragama.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan PAS merehatkan Razman daripada tugas Pesuruhjaya PAS Perak sebagai langkah pembersihan yang dinantikan oleh rakyat di negeri itu yang muak dengan politik fitnah yang kian menjadi-jadi.

Jelasnya, PAS mendakwa menjadi parti yang memperjuangkan Islam namun pada masa sama membenarkan pemimpinnya berulang kaji memfitnah orang lain tanpa rasa bersalah.

“Menjelang kedatangan bulan Ramadan yang mulia, semoga tindakan ini mendorong Razman untuk bermuhasabah diri. – 1 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

◉ Related