◉ HEADLINES

SPRM sahkan siasat Ismail Sabri, sita jongkong emas 16kg dan wang tunai RM170 juta

SPRM tidak menolak kemungkinan Ismail Sabri akan dipanggil lagi untuk memberikan keterangan

7:35 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Jongkong emas tulen seberat 16 kilogram bernilai RM7 juta dan wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang telah disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari premis yang dikaitkan dengan empat pegawai kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

SPRM dalam kenyataan memberitahu, ia diperolehi hasil penggeledahan di kediaman serta tiga premis yang dipercayai sebagai ‘safehouse’.

“Hasil operasi penggeledahan di lokasi-lokasi tersebut, SPRM telah menyita wang tunai berjumlah kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa (Baht, Riyal, Pound Sterling (BP), Won, Euro, Swiss Franc, dan Yuan) serta 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai hampir RM7 juta,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, katanya, Ismail Sabri juga telah diarahkan untuk membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 11 Disember 2024 dan beliau membuat pengisytiharan harta tersebut secara rasmi pada 10 Februari lalu.

“SPRM sedang menjalankan siasatan berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. 

“Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui negara.

“Siasatan ini dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,’’ katanya.

SPRM juga memaklumkan Ismail Sabri telah hadir ke pejabat SPRM untuk memberikan keterangan pada 19 Februari lalu dan tidak menolak kemungkinan beliau akan dipanggil semula bagi membantu siasatan selanjutnya.

‘SPRM juga telah mengenal pasti hampir 10 saksi yang akan dipanggil dalam masa terdekat untuk membantu siasatan,’’ katanya.

Suruhanjaya itu juga menegaskan siasatan dijalankan secara bebas, profesional dan mengikut lunas undang-undang yang berkuat kuasa.

“SPRM komited untuk memastikan bahawa sebarang bentuk salah laku berkaitan rasuah dan pengubahan wang haram ditangani dengan tegas demi kepentingan negara,’’ katanya. – 2 Mac 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Ozil warns Malaysia: Invest in youth or fall behind in global football race

Former Real Madrid and Arsenal star says Malaysia must commit to long-term grassroots and academy development, stressing that sustainable success in world football demands patience, structure, and unwavering belief in youth systems

Promising Malaysian cancer vaccine awaits funding to begin long-delayed human trials

Seven years on, researchers say strong preclinical results persist, but lack of funding continues to hold back critical next-stage testing

◉ Related