◉ HEADLINES

Kakitangan Pejabat Perbendaharaan ditemukan maut terjerut

Pemeriksaan awal polis mendapati lelaki berkenaan dalam keadaan terbaring di atas lantai dengan keadaan leher dan kaki terjerut menggunakan 'cable tie'

6:23 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Seorang kakitangan Pejabat Perbendaharaan ditemui maut dalam keadaan leher dan kaki terjerut menggunakan ‘cable tie’ di pejabatnya di Kementerian Kewangan, di Putrajaya, pagi ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa dalam satu kenyataan berkata tiada sebarang unsur jenayah dijumpai di tempat kejadian.

Kes kematian melibatkan lelaki yang berusia 45 tahun itu, katanya diklasifikasikan sebagai ‘sudden death report’ (SDR).

Rusdi memberitahu, polis menerima laporan berkaitan seorang lelaki dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di dalam Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan di Putrajaya melalui panggilan MERS 999 daripada orang awam pada 10.56 pagi.

“Bertindak di atas maklumat tersebut sepasukan polis daripada IPD Putrajaya telah ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan awal, mendapati si mati dalam keadaan terbaring di atas lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki terjerut menggunakan ‘cable tie’.

“Si mati berumur 45 tahun dan adalah merupakan kakitangan jabatan berkenaan,” katanya hari ini.

Beliau memberitahu, mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan sekiranya mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Putrajaya 03-88862222 atau di mana-mana balai polis berhampiran,’’ katanya. – 5 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

DoSM estimates Malaysia’s population to be 34.1 mil in 2024

Three states with the highest population are Selangor, Johor, Sabah

Egypt’s prestigious Al-Azhar University’s admittance of a non-Muslim student could serve as an example to learn from – Hafiz Hassan

Despite being an Islamic institution with rigorous requirements, the school made an exception to its rules in 2017

National Hockey Stadium: PSM restricts concerts to just two in April to prepare for Nations Cup

The shows will help cover the refurbishment costs for the facility

◉ Related