◉ HEADLINES

Penyanyi lagu ‘Bea Sobar Bea’ dan 5 yang lain bebas tuduhan miliki 6,059 pil kuda

Mereka mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah, namun tidak mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda

12:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Mahkamah Wilayah Narathiwat hari ini membebaskan enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi lagu Bea Sobar Bea, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, daripada tuduhan memiliki 6,059 pil kuda.

Wan Norshaheeda atau dikenali sebagai Eda Ezrin, bersama suami, Mohd. Affendi Ahmad, 35; Eridieka Mohd. Noor, 33; Mohamad Alif Deraman, 33; Nur Aida Mamat, 33 dan Zuhaira Nasrin, 26, didakwa atas dua tuduhan iaitu mengambil dadah dan memiliki 6,059 biji pil kuda di Mahkamah Wilayah Narathiwat, pada 14 Januari lalu.

Pada 14 Januari lalu, mereka mengaku bersalah atas pertuduhan mengambil dadah namun tidak mengaku bersalah atas tuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok. 

Keputusan itu dibuat oleh panel dua hakim selepas mendapati tiada bukti yang boleh mengaitkan sejumlah dadah berkenaan dengan semua tertuduh.

Hakim menerusi hujahan penghakiman berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati tiada bukti yang boleh mengaitkan sejumlah dadah berkenaan dengan semua tertuduh, lapor Berita Harian.

Rakaman rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, katanya  juga tidak menunjukkan bekalan dadah terbabit dibawa oleh mereka.

Bagi tuduhan mengambil dadah, mereka dihukum penjara enam bulan dan denda 4,000 bath (RM526). Namun mereka sudah selesai menjalani tempoh penjara.

Sementara Erdieka dan Zuhaira didenda dengan jumlah yang sama selepas mereka sebelum ini mengaku bersalah atas dua pertuduhan tambahan iaitu memasuki Thailand secara tidak sah tanpa dokumen perjalanan atau pasport.

Media sebelum ini melaporkan enam rakyat Malaysia termasuk seorang penyanyi dikir barat wanita popular ditahan dalam serbuan di sebuah hotel di pekan Golok pada 1 Nov tahun lepas kerana didakwa memiliki lebih 6,000 biji pil kuda. – 6 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

◉ Related