◉ HEADLINES

Umno tiada kaitan dengan siasatan SPRM terhadap Ismail Sabri

Asyraf berkata, SPRM harus diberikan ruang untuk menjalankan siasatan secara telus, bebas dan adil tanpa sebarang gangguan

3:57 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Umno tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan wang tunai berjumlah RM170 juta dan jongkong emas dalam kes yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, parti berkenaan memandang serius sebarang cubaan untuk mengaitkan Umno dengan siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Umno menegaskan parti ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan tersebut dan berpendirian bahawa SPRM harus diberikan ruang untuk menjalankan siasatan secara telus, bebas dan adil tanpa sebarang gangguan,’’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada 2 Mac lalu, SPRM memaklumkan telah menyita jongkong emas tulen seberat 16 kilogram bernilai RM7 juta dan wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang telah disita dari premis yang dikaitkan dengan empat pegawai kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurut SPRM, ia diperolehi hasil penggeledahan di kediaman serta tiga premis yang dipercayai sebagai ‘safehouse’.

“Siasatan dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001,’’ katanya.

Berikutan itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, Ismail Sabri dijangka hadir ke ibu pejabat agensi berkenaan pada Jumaat ini bagi memberikan keterangan berkaitan kes rasuah dan penggubahan wang haram membabitkan dirinya.

Dalam pada itu, Asyraf berkata Umno tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang secara sengaja mengaitkan, menuduh atau mencipta persepsi bahawa parti ini mempunyai hubungan dengan kes yang sedang disiasat. – 6 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

◉ Related