◉ HEADLINES

16 individu termasuk doktor bergelar Datuk Seri ditahan, rasuah daftar kelahiran

Kegiatan ini dipercayai didalangi oleh seorang doktor yang memiliki beberapa klinik dan pusat bersalin, yang berperanan mengeluarkan dokumen pengesahan kelahiran palsu

12:15 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – 16 individu termasuk seorang pengamal perubatan bergelar Datuk Seri ditahan kerana disyaki terlibat dalam rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, tangkapan dibuat menerusi Op Outlander dan Op Birth yang dilancarkan semalam melibatkan serbuan ke atas beberapa premis termasuk klinik dan firma guaman sekitar Lembah Klang serta Johor.

Menurutnya, bagi Op Outlander, suspek utama merupakan penjawat awam disyaki melakukan perbuatan tersebut dengan membantu permohonan sebagai pendaftaran lewat kelahiran iaitu untuk yang melebihi tempoh 60 hari selepas kelahiran.

“Dipercayai kegiatan ini turut didalangi oleh seorang pengamal perubatan bergelar Datuk Seri yang memiliki beberapa klinik dan pusat bersalin yang berperanan mengeluarkan dokumen pengesahan kelahiran palsu.

“Untuk Op Birth pula, tiga suspek utama disyaki sebagai ejen melakukan perbuatan tersebut dengan menawar dan memberikan rasuah kira-kira RM18,000 kepada seorang penjawat awam bagi membantu permohonan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan seperti surat pengesahan kelahiran hospital yang didapati palsu,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, enam orang awam disyaki menggunakan khidmat ejen berkenaan turut ditahan kerana menjadi pemohon yang mengemukakan permohonan daftar kelahiran.

Turut ditahan seorang pengamal undang-undang disyaki sebagai orang tengah di antara ejen dan pemohon.

“Seramai 16 suspek berusia antara 20 hingga 70-an ditahan antara jam 11 pagi hingga 8 malam semalam dan kesemua dibawa ke Ibu Pejabat SPRM dan SPRM Selangor bagi membantu siasatan dan akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor bagi tujuan permohonan.

“Bagi dua suspek termasuk bergelar Datuk Seri yang mempunyai masalah kesihatan telah dilepaskan dengan jaminan SPRM apabila selesai dirakam percakapan.

“Serbuan yang dilakukan semalam adalah berpandukan maklumat hasil risikan kira-kira setahun serta kerjasama dan perkongsian maklumat antara SPRM dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya.

Ahmad Khusairi berkata, penangkapan ini mencerminkan komitmen teguh SPRM dalam memastikan usaha memerangi rasuah khususnya yang melibatkan perkhidmatan awam demi memastikan aspek keselamatan negara terjamin.

Kata beliau lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) dan 17(b) Akta SPRM 2009. – 12 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related