◉ HEADLINES

Pattani digegarkan dengan 2 letupan bom, 9 anggota polis cedera

Letupan berlaku ketika pasukan polis sedang melakukan kawalan keselamatan di Kampung Pelakprue, Mukim Muang Tia

8:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Selatan Thailand dikejutkan lagi dengan dua letupan bom, yang mengakibatkan sembilan anggota polis cedera dalam kejadian di daerah Maelan, Wilayah Pattani, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maelan Kol. Pol. Panya Utapao berkata, letupan berlaku ketika pasukan polis sedang melakukan kawalan keselamatan di Kampung Pelakprue, Mukim Muang Tia.

Kejadian itu berlaku sekitar 8.50 pagi, lapor Bernama.

“Ketika kejadian, kumpulan polis itu sedang meronda dengan menaiki tiga motosikal dan sebuah kenderaan pacuan empat roda. Secara tiba-tiba, satu letupan berlaku dan mencederakan sembilan anggota yang sedang bertugas,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Menurut Panya, selang 20 minit selepas itu, satu lagi letupan bom berlaku di tepi jalan berdekatan.

Siasatan awal, katanya, mendapati kedua-dua bom itu dipasang pada tiang elektrik di tepi jalan.

Panya memaklumkan bahawa semua anggota polis yang cedera telah dihantar ke Hospital Maelan untuk menerima rawatan, dan keadaan mereka kini dilaporkan stabil.

Menurut beliau, pihak polis sedang giat menjalankan siasatan untuk mengesan dalang yang bertanggungjawab terhadap kejadian itu.

Pada 8 Mac lalu, penyerang telah meletupkan bom dan melepaskan tembakan di pejabat daerah Sungai Kolok di wilayah Narathiwat, mengorbankan dua sukarelawan pertahanan dan mencederakan 14 lain.

Penyerang juga meletupkan bahan letupan di tepi landasan kereta api dan di luar sebuah pusat beli-belah.

Berikutan itu, Wisma Putra menasihatkan rakyat Malaysia untuk menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke Yala, Narathiwat dan Pattani susulan beberapa insiden keselamatan di wilayah di selatan Thailand.

Dalam satu nasihat perjalanan, Kementerian Luar juga menasihatkan warga Malaysia yang berada di wilayah tersebut mengambil langkah berhati-hati dan sentiasa berwaspada. – 14 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related