◉ HEADLINES

Ismail Sabri sambung beri keterangan kali ke-5 esok

Ahli Parlimen Bera itu tidak dapat hadir namun tidak menjelaskan sebab penangguhan

1:40 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Proses merakam keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri untuk kali kelima berkaitan dakwaan rasuah dan pengubahan wang haram, ditangguhkan esok.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, Ahli Parlimen Bera itu tidak dapat hadir namun tidak menjelaskan sebab penangguhan.

“Tukar kepada esok. Waktu belum ditetapkan,” katanya ringkas.

Petugas media sebelum ini sudah menunggu di luar bangunan SPRM seawal jam 9 pagi bagi mendapatkan perkembangan mengenai kehadiran Ismail Sabri ke Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya hari ini.

Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata agensi berkenaan sudah membuat lebih daripada satu lebih daripada satu fail siasatan terhadap bekas Perdana Menteri kesembilan itu susulan penemuan wang tunai RM170 juta dan jongkong emas yang dikaitkan dengan beliau.

“Kita bukan sahaja membuka fail yang asal berkaitan dengan isu Keluarga Malaysia sahaja, tetapi, berdasarkan maklumat baharu daripada risikan kita. Maka kita buka beberapa fail lagi terhadap beliau yang mana ia berkaitan dengan harta-hartanya,’’ katanya.

Siasatan SPRM ke atas Ismail Sabri bermula pada 11 Disember 2024 apabila beliau diarahkan mengisytiharkan hartanya di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 11 Disember 2024.

Beliau membuat pengisytiharan harta tersebut secara rasmi pada 10 Februari lalu dan pada 19 Februari, Ismail Sabri telah memberikan keterangan kepada SPRM.

Pada 2 Mac lalu, SPRM mengesahkan jongkong emas tulen seberat 16 kilogram bernilai RM7 juta dan wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang telah disita oleh agensi berkenaan dari premis yang dikaitkan dengan empat pegawai kanannya. – 18 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related