◉ HEADLINES

Kerajaan benar Akta Finas dipinda : Fahmi

Penggubalan dan proses seterusnya akan dibawa ke Parlimen mungkin dalam mesyuarat pada Jun ataupun selewat-lewatnya hujung tahun ini: Fahmi

6:10 PM MYT

 


KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri secara dasar telah meluluskan pindaan kepada Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) 1981 selepas mengambil kira perubahan dalam industri perfileman.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Finas selepas ini akan meneruskan proses libat urus dengan pelbagai pihak selain berusaha menggubal undang-undang tersebut.

“Penggubalan dan proses seterusnya akan dibawa ke Parlimen mungkin dalam mesyuarat pada Jun ataupun selewat-lewatnya hujung tahun ini.

“Kita akan dapat memperkemas akta ini dan ia seiring dengan zaman di mana penonton filem tidak hanya pergi ke pawagam tapi juga menonton di peranti mereka,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, di Putrajaya hari ini.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil merangkap jurucakap Kerajaan Perpaduan ketika sidang media mingguan Kabinet di Kementerian Komunikasi hari ini. – Gambar Bernama, 19 Mac, 2025

Ditanya sama ada akta itu akan menyebabkan penapisan kepada platform penstriman dalam talian, Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, ia tidak berlaku kerana proses itu lebih kepada pembuatan filem.

Pindaan akta itu penting kerana ketika ini tiada lagi pembuat filem atau rakaman penggambaran menggunakan format filem seluloid 35mm untuk rakaman.

“Selain itu, ada juga beberapa perkara yang akan dimurnikan termasuk aspek kebajikan bagi mereka yang terlibat dalam proses penggambaran itu sendiri.

“Kita juga akan banyak fokus kepada aspek keselamatan sosial bagi mereka yang terlibat dalam bidang media dengan membantu pekerja sambilan,” katanya. – 19 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related