◉ HEADLINES

DBKL kenal pasti lokasi baharu pindah Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata kuil ini boleh beroperasi seperti biasa sehingga proses pemindahan selesai

12:51 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengenal pasti lokasi baharu bagi pemindahan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman yang terletak berhampiran Jalan Masjid India, di sini.

Menurut DBKL, langkah ini bertujuan memastikan penganut Hindu dapat terus menjalankan aktiviti keagamaan mereka dengan selesa dan harmoni.

“Proses pemindahan akan dilakukan secara telus dan adil, selain membabitkan perbincangan dengan pihak berkepentingan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

DBKL turut mengambil maklum mengenai cadangan pembinaan sebuah masjid di atas tanah milik syarikat swasta di Jalan Masjid India itu.

“Perkara ini menjadi perhatian kerana sebahagian kecil tanah tersebut menempatkan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman.

“Projek ini merupakan cadangan syarikat swasta berkenaan selaku pemilik sah tanah tersebut dan bukan daripada kerajaan.

“Bagaimanapun, DBKL sebagai pihak yang diamanahkan oleh kerajaan telah mengambil langkah proaktif untuk membantu mencari jalan penyelesaian terbaik buat semua pihak yang terlibat serta mengelakkan diskriminasi terhadap mana-mana kaum,” katanya.

Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman terletak berhampiran Jakel Mall di Jalan Masjid India telah dibina sejak akhir abad ke-19 dan kini berada di tengah-tengah kawasan pembangunan pesat.

Difahamkan, tanah yang menempatkan kuil tersebut telah dijual kepada sebuah syarikat swasta yang turut memiliki sebuah pusat beli-belah di lokasi sama.

Terdahulu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif berkata, DBKL memberi jaminan tidak akan melakukan sebarang aktiviti perobohan struktur Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman.

Beliau berkata, kuil ini boleh beroperasi seperti biasa sehingga proses pemindahan selesai. – 20 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related