◉ HEADLINES

Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman dipindahkan 50 meter dari tapak asal

Tapak baharu kuil itu akan meliputi kawasan seluas 4,000 kaki persegi, bersamaan dengan saiz tapak sedia ada

5:33 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India akan dipindahkan 50 meter dari tapak asal, di mana sebuah masjid akan dibina, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, hari ini.

Tapak baharu kuil itu akan meliputi kawasan seluas 4,000 kaki persegi, bersamaan dengan saiz tapak sedia ada.

Zaliha berkata, keputusan ini dicapai selepas perbincangan diadakan melibatkan pelbagai pihak termasuk pihak pengurusan kuil.

Bercakap pada sidang akhbar selepas mengadakan pertemuan dengan wakil kuil hari ini, Dr Zaliha berkata tapak baharu itu merupakan sebahagian daripada Lot PT 95, Seksyen 40, Mukim Bandar Kuala Lumpur.

“Pembangunan tapak baharu ini akan tertakluk kepada syarat pembangunan yang berkenaan. Pihak pengurusan kuil juga telah bersetuju dengan penyelesaian ini.

“Kerajaan juga ingin menegaskan tidak akan ada sebarang tindakan perobohan terhadap struktur kuil sedia ada. Kuil akan dibenarkan beroperasi seperti biasa sehingga proses pemindahan selesai sepenuhnya dalam suasana yang harmoni,’’ katanya pada sidang media di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hari ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan pPihak pengurusan Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India bersetuju bagi pemindahan kuil berkenaan ke sebuah tapak baharu yang berdekatan dengan lokasi sekarang.

Menurut setiausaha jawatankuasa kuil berkenaan G. Kaarthik, pihaknya mencapai persetujuan itu selepas satu perbincangan diadakan bersama pihak berkuasa berhubung lokasi baharu kuil tersebut, semalam.

“Kami berterima kasih kepada menteri, wakil rakyat dan pihak berkuasa lain yang membantu mencapai resolusi ini.

“Tapak baharu berkenaan berdekatan dan berada dalam kawasan Jalan Masjid India serta bersesuaian sebagai lokasi alternatif,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak salah untuk membina masjid di tapak bersebelahan kuil Dewi Sri Pathrakaliamman di Jalan Masjid India tetapi yang salahnya ialah tanah itu adalah milik syarikat, justeru perlu mengikut peraturan.

Menurut Perdana Menteri, ruang juga diberikan kepada kuil untuk dipindahkan dengan baik.

“Ada bagi tahu apa salahnya buat masjid di tepi kuil itu, memang tak salah tetapi salahnya tanah itu milik syarikat.

“Jadi ikut peraturannya. Dan kita pula beri ruang kepada kuil itu untuk pindah dengan baik.

“Arahan kita konsisten. Tan Sri (Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain) tahu, Ketua Polis Kuala Lumpur tahu, jangan sesekali ganggu dan jangan persulitkan amalan mereka,’’ katanya.

Isu ini telah mencetuskan perdebatan mengenai kesahihan kuil berusia 130 tahun itu, serta mengapa DBKL tidak menawarkan untuk menjual tanah tersebut kepada pihak pengurusan kuil.

Jakel Trading dan pihak pengurusan kuil telah diminta untuk berunding mengenai perkara ini, dengan DBKL sebagai pemudah cara. – 25 Mac 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya likely to lose seven players permanently despite CAS ruling: AFC

It says eligibility falsification case may trigger further disciplinary review after CAS upholds 12-month ban

Subsidised RON95: how cheap is Malaysia’s fuel compared to neighbours?

There has been a spate of viral videos showing vehicles from neighbouring countries such as Thailand and Singapore being filled with Malaysia's heavily subsidised RON95 petrol, indicating a blatant disregard for local laws.

MACC probes IJM over alleged RM2.5bil money laundering scheme, Sunway takeover at risk

The Malaysian Anti-Corruption Commission is probing IJM Corporation over alleged money laundering and possible share price manipulation involving RM2.5bil, a probe that could jeopardise Sunway Group’s proposed RM11.5bil takeover of the construction giant

◉ Related