◉ HEADLINES

Ancaman siber KLIA: siasatan menyeluruh dimulakan, operasi tidak terjejas

Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah dimaklumkan bagi menilai jenis dan tahap insiden itu

8:41 PM MYT

 

SEPANG – Siasatan menyeluruh dilakukan segera selepas ancaman keselamatan siber dikesan pada Ahad lepas (23 Mac) yang menjejaskan sistem komputer tertentu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 

Dalam kenyataan bersama hari ini, Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) Datuk Mohd Izani Ghani berkata Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah dimaklumkan bagi menilai jenis dan tahap insiden itu. 

“Malaysia Airports memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan bahawa mengekalkan operasi lapangan terbang tetap keutamaan kami. Kami bekerjasama dengan rakan kongsi di lapangan terbang bagi memastikan operasi penerbangan dan pemprosesan penumpang terus berjalan seperti biasa.  

“Memastikan keselamatan, perlindungan dan integriti sistem lapangan terbang kekal menjadi keutamaan tertinggi pada masa ini. Pasukan teknikal dan operasi giat memantau keadaan dan melaksanakan langkah perlu untuk melindungi infrastruktur dan memastikan penumpang tidak terjejas,” katanya. 

Sementara itu, Ketua Eksekutif NACSA Dr Megat Zulhairy Megat Tajuddin berkata agensi itu mengikuti perkembangan terbabit dengan teliti sejak menerima laporan MAHB pada 23 Mac. 

“Kami maklum bahawa operasi di KLIA tidak terjejas dan akan terus memantau situasi dan menyokong MAHB,” katanya. 

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa sistem digital MAHB diserang penggodam baru-baru ini yang menuntut bayaran USD10 juta. 

Anwar, bagaimanapun berkata kerajaan tidak tunduk kepada tuntutan penjenayah siber itu selain turut menekankan keperluan untuk memperkukuh sistem negara dengan memperuntukkan pembiayaan tambahan kepada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia. – 25 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Harimau Malaya’s wage disparities: a closer look at local vs naturalised player income divide

Salaries for footballers have become a hot topic in the Malaysian football community, as foreign players consistently earn more than local players in their respective clubs.

Government allocates RM5.9b for AI innovation: MCMC to lead national transformation drive

Malaysia is making a major push into the artificial intelligence era, with nearly RM6 billion allocated to strengthen research, development, and innovation in emerging technologies

Could Ronaldinho lace up again? Ravenna move sparks comeback rumours

Serie C club set to clarify deal involving the former Barcelona star in Miami

◉ Related