◉ HEADLINES

‘Tak perlu ungkit, doakan Datuk Jamal kembali sembuh’ : Tun Mahathir

'Bagi saya tidak perlulah mengungkit perkara itu kepada saudara se-Islam kita yang sedang menghadapi kesukaran,' kata Tun M

3:34 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad mendoakan kesembuhan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos yang sedang dirawat di hospital akibat kanser paru-paru yang kini sudah merebak ke otak.

Menurut bekas Perdana Menteri, beliau menyedari ada pihak yang menyuruh Jamal meminta maaf kepadanya kerana kata-kata yang tidak wajar yang dilemparkan terhadap beliau ketika menentang Umno kerana kes 1MDB.

“Bagi saya tidak perlulah mengungkit perkara itu kepada saudara se-Islam kita yang sedang menghadapi kesukaran.

“Sebaliknya saya rasa perlu kita doakan semoga Datuk Jamal kembali sembuh dan sihat seperti sedia kala,’’ katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad turut mendoakan kesembuhan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu. – Gambar fail Scoop, 28 Mac, 2025

Dr Mahathir turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada Jamal jika ada kesilapan dan kesalahannya.

Jamal telah dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Ampang, Sabtu lalu dan kesihatannya dilaporkan merosot selepas doktor mendapati sel kanser di bahagian paru-paru kini merebak ke bahagian otak sebesar tiga sentimeter.

Beliau juga dilaporkan beberapa kali dimasukkan ke hospital bagi menerima rawatan untuk kanser paru-paru tahap empat.

Kesihatannya dilaporkan merosot sejak 2022. – 28 Mac, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related