◉ HEADLINES

Kebakaran gas Putra Heights: Pengeluaran roti Massimo alami gangguan sementara

Kebakaran jejas bekalan gas asli cecair (LNG) ke kilang, bekalan produk mungkin terhad bermula esok sehingga diberitahu kelak

8:13 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – The Italian Baker Sdn Bhd, pengeluar roti Massimo mengumumkan gangguan sementara terhadap pengeluaran produk bakerinya disebabkan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada Selasa lepas yang telah menjejaskan bekalan gas asli cecair (LNG) ke kilangnya.

Syarikat itu dalam kenyataan hari ini memaklumkan bekalan produk bakerinya di pasaran mungkin terhad bermula esok sehingga diberitahu kelak.

“Kami akan terus memberikan maklumat terkini melalui media sosial. Untuk sebarang pertanyaan segera, sila hubungi khidmat pelanggan kami di 1800-22-6688,” menurut kenyataan itu.

Kebakaran dahsyat yang berlaku Selasa lepas menyebabkan api marak dan menjulang tinggi dengan suhu panas melampau yang memusnahkan deretan rumah dan harta benda, termasuk lebih daripada 300 kenderaan.

Setakat 8 pagi ini, 377 mangsa daripada 98 keluarga masih berada di dua pusat pemindahan sementara. 

Daripada jumlah itu, 311 mangsa daripada 84 keluarga berada di Dewan Masjid Putra Heights dan 66 mangsa daripada 14 keluarga berada di Dewan Camelia.

Menurut Kementerian Kesihatan jumlah mangsa yang menerima rawatan kekal sama seperti semalam dengan 31  individu dirawat di hospital awam di Putrajaya, Serdang, Klang dan Kuala Lumpur, manakala 33 lagi dirawat di hospital swasta. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – 3 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related