◉ HEADLINES

Penyanyi rap Nico meninggal dunia

Nico dilaporkan tidak sedarkan diri selepas singgah di rumah rakannya di Kampung Baru

12:20 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Anggota kumpulan rap, Nico G iaitu Nico, 53, meninggal dunia dalam tidur di kediaman rakannya di Kampung Baru, malam tadi.

Nico, yang nama sebenarnya Abdul Fashah Abdul Aziz ditemukan tidak sedarkan diri pada jam 11 malam.

Salah seorang anggota kumpulan Nico G, Affa berkata Nico tidak sedarkan diri selepas singgah di rumah rakannya di Kampung Baru. Allahyarham tidak bergerak ketika cuba dikejutan.

“Jenazah kini di Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, bekas pengurusnya, Ayob Abd Majid berkata meskipun kumpulan Nico tidak lagi aktif membuat persembahan namun mereka kerap berhubung.

Affa bagaimanapun tidak mengetahui sahabatnya itu mempunyai penyakit kronik, lapor BH.

“Saya tidak tahu arwah sakit. Jadi, terkejut apabila dapat tahu dia sudah tiada.

“Kami kerap berhubung. Selain bertanya khabar, kami berkongsi mengenai ibadat. Apabila usia meningkat, lebih banyak bercakap mengenai ibadat,” katanya.

Nico mula meraih populariti pada awal 1990-an sebagai sebahagian daripada trio Nico, bersama Affa dan Dino.

Lagu hit mereka ‘Inilah Nasibku’ menjadi fenomena pada tahun 1993, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka dalam dunia muzik tempatan.

Album sulung kumpulan ini ‘Buatan Los Angeles’ diikuti oleh ‘Realiti’ pada 1995 dan ‘Alamak!’ pada tahun 1996.

Selepas berehat seketika, Nico membuat kemunculan semula pada 2003 dengan album ‘Ops Kecoh’, yang memperkenalkan ahli baharu, Ezad.

Ahli asal kemudian bergabung semula di bawah nama Nico G dan terus aktif dalam komuniti hip-hop Malaysia. – 5 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related