◉ HEADLINES

‘Tidak timbul saya cuba lindungi sesiapa’ MB perjelas penemuan jengkaut di tapak letupan Putra Heights

Beliau turut mendedahkan perbincangan dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, yang menjangkakan ada jengkaut yang terbenam di kawasan berkenaan

5:49 PM MYT

 

SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menafikan dakwaan beliau cuba menutup aktiviti atau melindungi sesiapa susulan penemuan sebuah jengkaut yang didapati tenggelam di tapak letupan di Putra Heights.

Amirudin menjelaskan bahawa kenyataannya pada hari pertama kejadian itu telah disalahfaham oleh sesetengah pihak.

Beliau turut mendedahkan perbincangan dengan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, yang menjangkakan ada jengkaut yang terbenam di kawasan berkenaan.

“Perkara ini telah dinyatakan sendiri oleh Ketua Polis (Selangor) kepada umum semalam. Jika ada maklumat lanjut, sila salurkan kepada pihak berkuasa,” katanya pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini hari ini.

“Kita perlu siasat dan kenal pasti lokasi sebenar jengkaut tersebut.

“Tidak timbul saya cuba menafikan aktiviti atau melindungi sesiapa, seperti yang didakwa sesetengah pihak di laman sosial. Saya kena terangkan banyak kali dan bertabur-tabur serangan ini.

“Saya perlu jelaskan perkara ini, kalau tidak isu ini akan berlarutan tanpa henti,” katanya.

Semalam, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata siasatan awal polis mengesahkan aktiviti pengorekan tanah dijalankan untuk menggantikan paip-paip kumbahan, kira-kira 30 meter dari pusat letupan di Putra Height, di sini.

Hussein Omar Khan berkata, polis juga mengenalpasti pemaju, kontraktor, subkontraktor dan pekerja yang terlibat dengan aktiviti penggantian paip kumbahan di kawasan itu. – 5 April, 2025

BERITA LANJUT MENYUSUL

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Ozil warns Malaysia: Invest in youth or fall behind in global football race

Former Real Madrid and Arsenal star says Malaysia must commit to long-term grassroots and academy development, stressing that sustainable success in world football demands patience, structure, and unwavering belief in youth systems

Promising Malaysian cancer vaccine awaits funding to begin long-delayed human trials

Seven years on, researchers say strong preclinical results persist, but lack of funding continues to hold back critical next-stage testing

◉ Related