◉ HEADLINES

Lubang pembetungan lokasi 3 maut tiada sistem pengudaraan: JKKP Perak

Siasatan mendapati, kerja konkrit untuk pembinaan lubang pembetungan itu yang dilakukan dua minggu lepas, telah menutup sepenuhnya manhole setelah siap

3:00 PM MYT

 

IPOH – Lubang pembetungan lokasi tiga pekerja maut semasa melakukan kerja pembersihan di tapak pembinaan sebuah resort di Lenggong pada Ahad lepas, tidak mempunyai sistem pengudaraan bagi udara keluar masuk.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan mendapati, kerja konkrit untuk pembinaan lubang pembetungan bersaiz 4.04 meter(m) panjang x 5.20m lebar x 2.4m dalam itu dilakukan dua minggu lepas, telah menutup sepenuhnya manhole setelah siap.

Selain itu, siasatan juga mendapati tiada rekod bagi prosedur kerja selamat di ruang terkurung disediakan kepada pekerja, selain tapak pembinaan resort juga belum membuat pemberitahuan projek pembinaan (JKKP 12) kepada jabatan.

“Notis pemberhentian serta merta ke atas semua aktiviti kerja di lubang pembetungan dikeluarkan dan sitaan kawasan kerja telah dilakukan sehingga siasatan selesai.

“Surat arahan dikeluarkan bagi memastikan prosedur kerja selamat  dan pentaksiran risiko bagi aktiviti di lubang pembetungan dijalankan dan melantik orang berkelayakan termasuk penguji gas bertauliah (AGT),” menurut JKKP Perak dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan JKKP Perak itu memaklumkan bahawa mereka akan menjalankan siasatan lanjut termasuk merakam percakapan saksi dan tindakan perundangan akan diambil, sekiranya berlaku pelanggaran Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, yang memperuntukkan hukuman maksimum RM500,000 terhadap majikan, jika sabit kesalahan.

“Majikan mempunyai kawalan penuh ke atas aktiviti di tempat kerja dan bertanggungjawab untuk mengenal pasti terlebih dahulu bahaya di tempat kerja, membuat analisa serta mengadakan kawalan risiko sebelum pekerja menjalankan aktiviti kerja,” menurut kenyataan itu. 

Pada Ahad lepas, tiga pekerja termasuk seorang warga Indonesia maut semasa melakukan kerja pembersihan dalam lubang pembetung di tapak pembinaan sebuah resort di Kampung Ibol, Sumpitan, Lenggong.

JKKP Perak memaklumkan mangsa pertama pengsan selepas membuka dan masuk ke lubang pembentungan sekitar 9.30 pagi, menyebabkan dua rakannya turun untuk membantu namun mereka juga tidak sedarkan diri.

Dua daripada mereka maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia di Klinik Kesihatan Lenggong. – 8 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

National shuttlers demand RM2 million salaries: can BAM keep up financially?

Several top athletes aim for salaries that could outpace even the highest-earning footballers, raising questions about the sustainability of funding within Malaysian sports

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

QSR Brands records 31% revenue growth in KFC and Pizza Hut Malaysia for FY2025

QSR Brands (M) Holdings Bhd announced a 31% revenue increase in its core businesses, KFC Malaysia and Pizza Hut Malaysia, for the financial year 2025, reflecting the successful execution of its strategic transformation roadmap and disciplined focus on operational efficiency, innovation and sustainable growth

◉ Related