◉ HEADLINES

Bekas Adun Seberang Jaya meninggal dunia akibat kanser

Dr Radin Muhamad Amin berkhidmat sebagai Adun Seberang Jaya selama satu penggal dari 1999 hingga 2004 mewakili Barisan Nasional

12:36 PM MYT

 

BUTTERWORTH – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Jaya Dr Radin Muhamad Amin Radin Hadi Munir meninggal dunia akibat kanser di Hospital Bukit Mertajam, pada 6.55 pagi tadi.

Berita pemergian Dr Radin Muhamad Amin, 71, disahkan menantunya Danial Sulaiman, 38, dan memaklumkan jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah di Taman Sutera Prima, Seberang Jaya.

“Jenazah kemudian akan dibawa ke Masjid Al Muhajirin Bandar, Seberang Jaya untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Muhajirin, Bandar Seberang Jaya selepas solat zuhur,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, lapan anak dan 18 cucu.

Dr Radin Muhamad Amin berkhidmat sebagai Adun Seberang Jaya selama satu penggal dari 1999 hingga 2004 mewakili Barisan Nasional. – 13 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

Malaysia sees 11.1% increase in crime rate, with property offences and assaults leading the rise

The latest report reveals a spike in property crimes and assaults, while homicides and kidnapping cases show signs of improvement

◉ Related