◉ HEADLINES

Dokumentari pencapaian Abdullah sebagai PM ke-5 akan diulang siar, untuk tatapan generasi muda: Fahmi

Menteri Komunikasi turut menyifatkan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra sebagai Pak Lah sebagai seorang negarawan yang membumi

3:01 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Dokumentari serta profil pencapaian Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sewaktu menjadi Perdana Menteri akan diulang siar, kata Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Menurutnya, ia sebagai tatapan untuk generasi muda mengenai kejayaan yang dilaksanakan Allahyarham Abdullah sewaktu menjadi Perdana Menteri kelima.

“Bagi Kementerian Komunikasi, saya akan minta supaya profil dan sedikit dokumentari tentang apa yang telah berjaya dilaksanakan sewaktu pentadbiran Perdana Menteri kelima diulangsiar sebagai tatapan utama untuk generasi muda,’’ katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir di Masjid Negara hari ini.

Beliau turut menyifatkan Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra sebagai Pak Lah sebagai seorang negarawan yang membumi.

“Allahyarham adalah seorang negarawan yang memetik kata-kata Perdana Menteri, sangat membumi.

“Secara peribadi, saya juga turut bersedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarham,” katanya.

Tun Abdullah Ahmad Badawi, 85, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pukul 7.10 malam semalam.

Dilahirkan pada 26 November 1939 di Bayan Lepas, Pulau Pinang, beliau menjadi Perdana Menteri dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009. – 15 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cleared for layoffs? AirAsia to retrench 20% of workforce in major cost-cutting move

This allegedly involves cabin services, cargo and logistics, engineering and maintenance, as well as the commercial division, according to Scoop’s source

Schools may close if air quality worsens, five areas hit unhealthy levels: DOE

The department said the areas recorded unhealthy API readings, warns of RM1mil fine for open burning offenders

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related