◉ HEADLINES

Ismail Sabri sambung beri keterangan Khamis ini berhubung pengisytiharan harta

Pengisytiharan harta itu dibuat di bawah Seksyen 36 (1) Akta SPRM 2009 pada Februari lalu

12:53 PM MYT

 

KUALA LUMPUR — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil semula bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis ini bagi meneruskan rakaman percakapan berhubung pengisytiharan harta yang dibuatnya sebelum ini.

Ketua Pesuruhjaya SRPM, Tan Sri Azam Baki berkata, pengisytiharan harta itu dibuat di bawah Seksyen 36 (1) Akta SPRM 2009.

“Datuk Seri Ismail Sabri dipanggil semula ke SPRM bagi meneruskan percakapan beliau, kali ini berkisar pengisytiharan harta yang dibuat di bawah Seksyen 36 (1) Akta SPRM 2009,’’ katanya pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Kali Ke-11 Program Pegawai Integriti Bertauliah (CeIO) di sini hari ini.

Ismail Sabri telah diarahkan membuat pengisytiharan harta di bawah Seksyen 36(1) Akta SPRM 2009 pada 11 Disember 2024 dan beliau membuat pengisytiharan harta tersebut secara rasmi pada 10 Februari lalu.

Pada 3 Mac lalu, SPRM mengesahkan jongkong emas tulen seberat 16 kilogram bernilai RM7 juta dan wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang telah disita oleh agensi berkenaan dari premis yang dikaitkan dengan empat pegawai kanan kepada Ahli Parlimen Bera itu.

Siasatan ke atas Ismail juga dijalankan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Beliau juga sudah beberapa kali dipanggil bagi merakamkan percakapan bagi siasatan kes rasuah dan penggubahan wang haram.

Setakat ini, seramai 33 individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes berkenaan. – 22 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related