◉ HEADLINES

TH terima 85,000 rayuan untuk tunai haji 2025

Permohonan rayuan tersebut akan dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat disebabkan beberapa faktor antaranya masalah kesihatan

1:22 PM MYT

 

ALOR SETAR – Lembaga Tabung Haji (TH) menerima 85,000 permohonan rayuan untuk menunaikan ibadat haji pada tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na’im Mokhtar.

Beliau berkata permohonan tersebut akan dipertimbangkan bagi mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat disebabkan beberapa faktor antaranya masalah kesihatan.

“Rakyat kita sangat bersungguh untuk menunaikan ibadat haji dan setakat ini 85,000 pendeposit TH yang telah memohon rayuan dan sebilangannya akan mengisi kekosongan kalau ada (jemaah terpilih) yang menolak atas sebab sakit dan sebagainya,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas Program Santuni Asnaf Sempena Sambutan Aidilfitri Majlis Belia Negeri Kedah dengan kerjasama Yayasan Taqwa di Pusat Kegiatan Masyarakat Kemas Parlimen Kuala Kedah di sini hari ini.

Mohd Na’im berkata kerajaan juga masih menunggu keputusan rayuan daripada kerajaan Arab Saudi untuk menambah kuota jemaah haji Malaysia sebanyak 10,000 lagi pada tahun ini.

“Kuota tambahan jemaah haji ini bukan Malaysia saja yang mohon tapi satu dunia, saya percaya kerajaan Arab Saudi akan mempertimbangkan permohonan ini.

“Saya tidak dapat menjangkakan bila dapat maklum balas tentang penambahan kuota ini tapi kerajaan akan sentiasa buat susulan dengan kerajaan Arab Saudi,” katanya.

Sementara itu, Mohd Na’im berkata lawatan kerja beliau ke Kedah hari ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Madani memperkasakan kesejahteraan ummah, khususnya dalam kalangan masyarakat luar bandar dan golongan asnaf.

“Saya juga akan melawat guru-guru pondok dan menyampaikan sumbangan kepada mereka sebagai sokongan kepada institusi pondok serta pelajarnya yang memainkan peranan penting dalam pendidikan dan dakwah Islam.

“Di bawah inisiatif Ziarah Al-Falah Madani, saya akan menyerahkan dua rumah baharu kepada dua keluarga asnaf (di Baling) yang dibina melalui program Bait Al-Falah oleh Yayasan Taqwa,” katanya. – 25 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Worrying number of youth spending 18 hours on social media daily: MCMC 

The Malaysian Communications and Multimedia Commission has drawn attention to the substantial number of young individuals who spend extended periods online, expressing concerns about harmful aspects of specific social media platforms. 

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related