◉ HEADLINES

Bursa Malaysia sahkan isu dagangan tidak merebak secara meluas

Bursa Malaysia memberi jaminan sistem dagangan kendaliannya kekal kukuh dan tidak terjejas daripada segi daya tahan serta keselamatan

9:28 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia Berhad mengesahkan insiden kegagalan log masuk atau akses dan dagangan tidak sah hanya terhad kepada sejumlah kecil akaun dagangan pelanggan yang berkaitan dengan beberapa broker sahaja, tidak berlaku secara meluas seperti dakwaan beberapa media.

Dalam kenyataannya hari ini, Bursa Malaysia memberitahu, sehingga pasaran ditutup hari ini, tiada laporan berkenaan akses atau dagangan tidak sah berlaku.

Bursa Malaysia juga memberi jaminan sistem dagangan kendaliannya kekal kukuh dan tidak terjejas daripada segi daya tahan serta keselamatan.

“Keutamaan Bursa adalah untuk memastikan pasaran kekal boleh diakses dan teratur bagi semua peserta pasaran, memandangkan kesinambungan operasi pasaran amat penting untuk mengekalkan keyakinan pelabur dalam jangka masa panjang,’’ katanya.

Terdahulu, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan Bursa Malaysia Bhd telah menerima laporan daripada beberapa broker yang mendakwa pelanggan gagal melakukan log masuk serta insiden akses dan aktiviti perdagangan tidak dibenarkan menerusi akaun dagangan dalam talian pelanggan yang terhad.

Sehubungan itu, pengawal selia dan broker pasaran modal berada dalam keadaan berwaspada selain bekerjasama erat bagi mengenal pasti punca insiden yang dilaporkan berlaku pada tengah hari semalam dan melaksanakan langkah susulan sewajarnya.

“Semua broker telah dinasihatkan untuk segera memaklumkan pelanggan bagi melakukan tetapan semula kata laluan/log masuk dan meningkatkan keselamatan akaun masing-masing.

“Mereka juga perlu melaksanakan langkah keselamatan tambahan bagi meningkatkan pengesahan seperti melaksanakan pengesahan berbilang faktor serta dasar kata laluan yang lebih ketat,” , kata SC dan Bursa Malaysia.

Dalam pada itu, Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan pihak berkaitan bagi memastikan perlindungan pelabur serta pasaran yang adil dan teratur tidak terjejas. – 25 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related