◉ HEADLINES

70 mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights terima bantuan sewa rumah

Bantuan sebanyak RM2,000 sebulan itu disalurkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) secara pemindahan terus ke akaun mangsa yang terlibat

5:34 PM MYT

 

SEPANG – Kerajaan Selangor telah menyalurkan bantuan bayaran sewa rumah selama tiga bulan kepada 70 mangsa yang terlibat dalam insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya baru-baru ini.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Selangor Datuk Borhan Aman Shah berkata bantuan sebanyak RM2,000 sebulan itu disalurkan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) secara pemindahan terus ke akaun mangsa yang terlibat.

“Arahan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, adalah untuk memastikan bantuan ini terus dimasukkan ke dalam akaun mereka. Sebanyak tiga bulan bantuan, iaitu RM6,000, telah disalurkan secara langsung,” katanya kepada pemberita selepas majlis peluncuran Kampung Angkat Madani: Kampung Labu Lanjut di sini hari ini.

Borhan berkata jumlah penerima bantuan sewa rumah itu dijangka meningkat mulai minggu depan kerana proses pengagihan bantuan sedang dijalankan dengan teliti oleh pelbagai pihak.

“Terdapat beberapa kekangan teknikal kerana bantuan perlu dipindahkan ke akaun mangsa masing-masing,” tambahnya.

Sebelum ini, Amirudin dilaporkan berkata seramai 396 ketua isi rumah yang terlibat dalam insiden kebakaran di Putra Heights layak menerima bantuan sewa rumah selama enam bulan dengan bayaran RM2,000 sebulan.

Kebakaran pada 1 April itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur lebih daripada 40 peratus, 81 rumah lagi separa musnah, 57 rumah terkesan tetapi tidak terbakar, dan 218 rumah tidak terjejas, termasuk di Kampung Tengah, Puchong. – 27 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Cklamovski’s tactical gamble: Is Malaysia ready for the 3-4-3 revolution? — Sandru Narayanan

Early signs are promising, but defensive frailties could test Harimau Malaya’s adaptability

Sarawak targets 5 million visitors in 2026 with domestic push amid global headwinds

Tourism board banks on discounts, festivals, and local travel demand as geopolitical and economic pressures weigh on spending

South Africa World Cup midfielder Jayden Adams dies aged 25

South African police said an investigation had been opened after the body of a 25-year-old man found at a house in Schotschekloof, central Cape Town, on Saturday morning. The cause of death has not been confirmed

◉ Related