◉ HEADLINES

Polis rampas, mohon batal permit senjata api Adun Hulu Kinta

Polis membuat permohonan untuk membatalkan permit pada 18 April lepas manakala senjata terbabit diserahkan kepada polis oleh Adun itu keesokannya

5:34 PM MYT

 

IPOH — Polis telah merampas senjata milik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kinta Muhamad Arafat Varisai Mahamad bagi membantu siasatan susulan dakwaan wujud ugutan dengan menunjukkan senjata api pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat Cabang pada 13 April lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata tindakan itu adalah prosedur operasi standard (SOP) apabila mana-mana individu yang memiliki permit senjata api terlibat dalam mana-mana siasatan kes polis.

“Setakat ini kita telah menyokong untuk membatalkan permit pemilikan senjata api ke Bukit Aman dan senjatanya pun telah kita rampas serta ada disimpan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

“Jadi, siasatan untuk kes itu masih berjalan dan kita tunggulah,” katanya kepada pemberita pada Majlis Ujian Kemahiran Menembak Antara Agensi sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-218 di Lapang Sasar Kontinjen Perak di sini hari ini.

Beliau berkata permohonan oleh polis untuk membatalkan permit dibuat pada 18 April lepas manakala senjata terbabit diserahkan kepada polis oleh ADUN berkenaan keesokannya.

“Dalam siasatan kes ini, sebanyak 13 individu telah dipanggil termasuk Muhamad Arafat dan pengadu,” katanya.

Sebelum ini, tular video berdurasi 1 minit dan 5 saat memaparkan seorang individu mendakwa Muhamad Arafat menunjukkan pistol kepada ahli yang sedang merayu undi pada pemilihan PKR peringkat Cabang, 13 April lepas. – 29 April, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related