◉ HEADLINES

Kanak-kanak lelaki lemas, 5 jam terperangkap dalam van sekolah: Polis Johor

Mangsa dipercayai tertinggal selepas pemandu van menurunkan kanak-kanak lain di hadapan tadika

4:16 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia akibat lemas selepas terperangkap hampir lima jam dalam van sekolah di Taman Bukit Indah di Iskandar Puteri, Johor.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, mangsa ditemui tidak sedarkan diri di dalam van sekolah kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

“Mangsa yang bersekolah di sebuah tadika di Taman Bukit Indah dikatakan menaiki van dari kediaman keluarga sebelum sampai di hadapan tadika pada jam 7.30 pagi.

“Mangsa dipercayai tertinggal selepas pemandu van menurunkan kanak-kanak lain di hadapan tadika.

“Mangsa bagaimanapun ditemui tidak sedarkan diri kira-kira jam 12 tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumarasan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini untuk bedah siasat.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, polis menahan pemandu van berusia 56 tahun kira-kira pukul 2.40 petang di kawasan Taman Bukit Indah.

“Semakan rekod ke atas lelaki warga tempatan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau serta negatif penyalahgunaan dadah.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 iaitu kesalahan pengabaian dengan bertindak secara cuai ke atas kanak-kanak,” katanya. – 1 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related