◉ HEADLINES

Tarif AS: Tangguh subsidi bersasar RON95, kenaikan tarif elektrik, kata Hamzah

Lim Guan Eng (PH-Bagan) pula berkata, kerajaan perlu membekukan segala syor yang boleh menambah beban industri seperti cukai atau kenaikan tarif elektrik 14.2% serta pelaksanaan e-Invoice Julai ini

12:00 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Beberapa ahli Parlimen menggesa kerajaan menangguhkan pelaksanaan sebarang cadangan untuk subsidi bersasar RON95 dan kadar tarif elektrik tahun ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, perubahan dasar negara di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global boleh memberi tekanan kos dan melemahkan sentimen perniagaan dan akhirnya membebankan pengguna.

Beliau berkata, langkah ini perlu bagi menunjukkan kerajaan prihatin serta mengambil serius terhadap kesan di sebalik pelaksanaan tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat (AS).

“Saya nak bagi contoh, tentang (cadangan) kenaikan RON95 pada Jun ini supaya kerajaan ambil kira. Kalau boleh kita tangguh, kita tangguhkan.

“Begitu juga dengan (cadangan) kenaikan tarif elektrik pada Julai 2025 dan kita tangguhkan juga langkah peluasan skop SST (cukai barangan dan perkhidmatan) tentunya kita ambil kira juga.

“Saya juga mohon kerajaan tangguh pembelian 30 pesawat Boeing ketika ekonomi negara dalam keadaan tidak menentu ini. Kerajaan perlu prihatin dan ambil serius kesan pelaksanaan tarif ini,” katanya pada sesi perbahasan pada mesyuarat khas berkenaan isu tarif AS di Dewan Rakyat hari ini.

Sementara itu Lim Guan Eng (PH-Bagan) pula berkata, selain menangguhkan pengapungan RON95 kepada harga pasaran, kerajaan perlu membekukan segala syor yang boleh menambah beban industri seperti cukai atau kenaikan tarif elektrik 14.2% serta pelaksanaan e-Invoice pada Julai ini.

Selain itu katanya, pengumuman kerajaan untuk menangguhkan peluasan skop SST pada 1 Mei lalu amat dialu-alukan.

“Kerajaan juga harus menimbang menarik balik cadangan sumbangan KWSP dua peratus oleh majikan bagi pekerja asing.

“Menurunkan kaedah Kadar Dasar Semalamam (OPR) Bank Negara sebanyak 1% daripada 3% sekarang kepada 2%.

“Memandangkan kadar inflasi kian terkawal, sasaran utama harus difokuskan kepada menggerakkan pertumbuhan ekonomi yang boleh dijalankan dengan menurunkan Kadar OPR,”!katanya.

Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, pakej rangsangan ekonomi kepada industri terjejas serta pekerja yang kehilangan pekerjaan juga perlu dlaksana.

“Kerajaan juga dicadang memberikan peluang perniagaan dan akses kepada industri tempatan dimana pelabur asing dan tempatan diwajibkan membeli sekurang 50% barangan tempatan,” katanya.

Pada 2 April, Presiden AS, Donald Trump mengumumkan telah menandatangani perintah eksekutif mengenakan tarif timbal balik terhadap 49 negara, berkuat kuasa 9 April.

Selain Malaysia yang dikenakan tarif 24%, negara lain yang terkesan termasuk Kemboja (49%), Laos (48%), Myanmar (45%), Thailand (37%), Indonesia (32%), Brunei (24%), dan Filipina (18%).

Bagaimanapun, AS pada 8 April mengumumkan penangguhan 90 hari pelaksanaan tarif itu untuk memberi ruang kepada rundingan. – 6 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Penang’s shores in peril: a deadly mix of climate change and coastal development”

Rising sea levels, erratic weather, and unchecked development are driving coastal erosion to alarming new heights in Penang, threatening both nature and livelihoods.

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

What does AGC say about withdrawing police reports? – Hafiz Hassan 

According to its e-Participation Policy portal, complainant may submit an application so no action taken on lodged report but decision lies with public prosecutor

◉ Related