◉ HEADLINES

Tak timbul isu nepotisme: PKR rai demokrasi, ahli bebas pilih pemimpin yang cocok, kata Fahmi

Ketua Penerangan berkata parti serahkan kepada kebijaksanaan anggota untuk membuat pilihan pemimpin yang dirasakan sesuai dengan aspirasi penggan 2025-2028

4:47 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Tidak timbul isu nepotisme seandainya Nurul Izzah Anwar bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti hujung bulan ini.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, parti itu meraikan demokrasi dan anggota bebas membuat pilihan pemimpin yang dirasakan cocok dan sesuai dengan harapan serta aspirasi parti.

“Isu (nepotisme) tak pernah, Nuruh izzah naib presiden, sekarang pun dia menjawat jawatan itu, jadi tak timbul apa-apa perkara.

“PKR meraikan demokrasi dan kita serahkan kepada kebijaksanaan anggota untuk membuat pilihan pemimpin-pemimpin yang mereka rasakan cocok dan sesuai dengan harapan dan aspirasi untuk penggal 2025-2028,” katanya pada sidang media di Kementerian Komunikasi hari ini.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, beliau bersama beberapa pemimpin PKR Wilayah Persekutuan turut membuat kenyataan berhubung isu pertandingan jawatan Timbalan Presiden PKR itu hari ini.

Terdahulu, dalam kenyataan itu, PKR Wilayah Persekutuan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi bagi mengangkat Nurul Izzah Anwar untuk memikul tanggungjawab Timbalan Presiden bagi pemilihan sesi 2025-2028.

Ketua Cabang Lembah Pantai itu berkata, PKR Wilayah Persekutuan mempunyai keyakinan teguh bahawa Nurul Izzah bakal menerima sokongan padu selaku figura utama yang akan memberi nafas baharu dalam menguatkan jentera parti dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) yang akan datang.

Jelasnya, gelaran Puteri Reformasi dinobatkan kepada beliau yang sekian lama berdiri di atas kaki sendiri menempa nama sebagai pemimpin parti yang sebati dengan liku-liku perjuangan memberikan Nurul Izzah pengalaman luas mengemudi bahtera parti. 

Hari ini Datuk Seri Rafizi Ramli dalam kenyataan memaklumkan bersedia untuk mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR dalam pemilihan parti bulan ini.

Menteri Ekonomi  itu turut mengalu-alukan penyertaan Nurul Izzah dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail untuk bertanding jawatan itu kerana menjadi hak untuk sesiapa bertanding dan wajar diraikan dalam semangat demokrasi. – 7 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

38% of AirAsia flights delayed in 2024: Loke

Minister outlines measures to improve on-time performance, including incentives, penalties, and full refunds for major delays

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

◉ Related