◉ HEADLINES

Sekat aplikasi inDrive, Maxim: MCMC belum terima permohonan Kementerian Pengangkutan untuk tindakan

Sekiranya ada maka MCMC akan menjalankan tugas berdasarkan undang-undang, kata Menteri Pengangkutan

4:47 PM MYT

 

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi belum menerima sebarang permohonan daripada Kementerian Pengangkutan bagi menyekat aplikasi dua syarikat e-hailing di negara ini, iaitu inDrive dan Maxim.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ketika ini beliau belum dimaklumkan mengenai permohonan itu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

“Pada masa ini MCMC tidak memaklumkan kepada saya mengenai permohonan dari Kementerian Pengangkutan untuk mengambil tindakan.

“Ia boleh diambil berdasarkan Akta Komunikasi dan Multimedia, tapi kita pada waktu ini dan setakat hari ini belum lagi menerima permohonan tersebut

“Sekiranya diberikan maka MCMC akan menjalankan tugas berdasarkan undang-undang,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, aplikasi e-hailing dari Russia iaitu InDrive dan Maxim diarah menghentikan operasi mereka berkuat kuasa 24 Julai ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) sudah menghantar surat memberhentikan operasi kepada dua aplikasi e-hailing itu baru-baru ini.

Sebelum ini Persatuan Penghantar P-hailing Malaysia (Penghantar) dilaporkan menggesa kerajaan melaksanakan penguatkuasaan tegas terhadap kedua-dua aplikasi e-hailing tersebut termasuk menyekat akses platform itu kerana menawarkan perkhidmatan tanpa mematuhi peraturan di bawah akta sedia ada.

Persatuan itu mendakwa antara ketidakpatuhan aplikasi berkenaan adalah tidak memastikan pemandu mereka memiliki Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) yang sah seperti yang diwajibkan oleh undang-undang Malaysia.

Selain itu, terdapat juga dalam kalangan pemandu kedua-dua aplikasi berkenaan didakwa tidak memiliki insurans e-hailing dan tidak melakukan pemeriksaan kenderaan seperti terma dan syarat ditetapkan. -14 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related