◉ HEADLINES

Nahas trak FRU: Pemandu lori didakwa pagi ini

Sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda maksimum tidak lebih RM50,000

9:19 AM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pemandu lori yang terlibat dalam nahas jalan raya hingga mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus – Sungai Lampan, Teluk Intan pada pagi Selasa lalu, akan didakwa pagi ini.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Bakri Zainal Abidin berkata, suspek berusia 45 tahun yang memandu lori muatan batu itu akan didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan, pada jam 9 pagi.

Katanya, suspek akan didakwa di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 membabitkan pemanduan secara melulu dan berbahaya sehingga menyebabkan kematian, lapor Awani.

Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda maksimum tidak lebih RM50,000, selain hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu tidak kurang lima tahun.

Dalam kejadian pada jam 8.50 pagi Selasa lalu, lori yang dipandu suspek bertembung dengan sebuah trak yang membawa 18 anggota FRU.

Difahamkan anggota FRU terbabit sedang dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas selesai menjalankan tugasan sempena perayaan Chitrapournami di Teluk Intan.

Nahas mengakibatkan sembilan anggota FRU maut, manakala sembilan lagi mengalami pelbagai kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Teluk Intan dan Hospital Raja Permaisuri (HRPB) Ipoh. – 16 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

AFC to name 2031 and 2035 Asian Cup hosts in joint announcement

Record number of bids for 2031 edition prompts AFC to consider back-to-back host decisions at upcoming congress

Harimau Malaya is TMJ’s vision: CEO

Rob Friend describes Johor Crown Prince as 'the visionary' behind Harimau Malaya’s heritage player initiative

◉ Related