◉ HEADLINES

‘Jumpa di mahkamah, YB Mas’ kata Asyraf Wajdi

Ia atas dakwaan penyebaran fitnah oleh Ketua Wanita Bersatu itu berkait pengurusan dana agensi itu, kata Asyraf

1:03 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
akan memulakan prosiding saman terhadap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Ia atas dakwaan penyebaran fitnah oleh Ketua Wanita Bersatu itu berkait pengurusan dana agensi itu.

Asyraf berkata, Mas Ermieyati yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah menuduh beliau membazirkan dana Mara melalui lawatan mengejut, memotong program hafazan dan menghentikan pembiayaan pelajar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Tak habis-habis seorang pembangkang dari Melaka buat pelbagai fitnah kononnya saya habiskan duit Mara sebab ‘terjah’, ‘tebuk hafazan’ dan sudah tidak biayai pelajar TVET.

“Insya-ALLAH, barisan peguam Mara akan memulakan prosiding saman terhadap beliau. Mula-mula saya malas nak layan tetapi kini sudah melampau dengan pelbagai fitnah yang dilemparkan.

“Jumpa di mahkamah, YB Mas,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Mas Ermieyati mengeluarkan beberapa kenyataan yang disifatkan oleh Asyraf Wajdi sebagai tidak berasas dan berunsur fitnah, berkaitan dakwaan salah urus dana serta pemberhentian program tertentu di bawah seliaan Mara. – 28 Mei, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Smoking to cost more: BAT Malaysia lights up price tags with new cigarette rates

Cigarette prices for top brands will rise between RM12.40 and RM18.40 per pack starting November 21, 2025

Selangor to host Sukma 2026 from Aug 15-24, Para Sukma in September

Over 10,000 athletes expected as Selangor aims to reclaim overall crown; official logo and mascot to be unveiled next month

Malaysia eyes next-generation combat aircraft in 2030s, FA-50s arrive by year-end: Khaled

Defence Minister says phased delivery of 18 FA-50 jets will strengthen air force capabilities

◉ Related