◉ HEADLINES

Zafrul tak patut berada di ‘bangku simpanan’ barisan Kabinet: Pemuda Umno Pandan

Pihak tertentu tidak wajar mendesak beliau untuk letak jawatan sebagai menteri ketika krisis ekonomi global, lagi-lagi dengan prestasinya, kata Rizwan Shah Azlan

2:48 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Desakan pihak tertentu supaya Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz meletak jawatan sebagai Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri (Miti) susulan tindakan keluar Umno disifatkan sebagai tidak wajar ketika krisis ekonomi global berlaku. 

Ketua Pemuda Umno Bahagian Pandan, Rizwan Shah Azlan berkata, tenaga dan kepakaran seperti Tengku Zafrul tidak seharusnya diletakkan di bangku simpanan. 

“Amatlah tidak wajar Tengku Zafrul didesak untuk melepaskan jawatan menteri di saat penting ini, lebih-lebih lagi dengan prestasi dan rekod pencapaian beliau yang konsisten. 

“Ketika negara memerlukan barisan kabinet yang terbaik, tenaga dan kepakaran seperti beliau tidak seharusnya diletakkan di bangku simpanan. 

“Keputusan ini pastinya bukan sesuatu yang mudah bagi Tengku Zafrul, memandangkan beliau telah bersama Umno sejak 1997. 

“Namun, kita harus menghormati hak beliau sebagai individu untuk menentukan hala tuju politiknya, setelah mengambil kira pelbagai faktor termasuk keserasian dan kesesuaian dalam perjuangan politik beliau,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Beliau berkata, Tengku Zafrul juga sentiasa menekankan kepentingan negara melebihi kepentingan peribadi dan ini jelas terpancar dalam setiap keputusan dan tindakan yang diambil. 

“Sepanjang saya berkhidmat bersama beliau di Pejabat Setiausaha Politik Menteri di Miti, saya menyaksikan sendiri tahap profesionalisme, integriti, dan dedikasi yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai menteri. 

“Ada yang berpendapat bahawa sesiapa sahaja boleh melaksanakan tugas seperti beliau jika diberikan peluang yang sama, namun saya berpendapat sebaliknya. 

“Beliau sudah pun diberikan pendedahan untuk menerajui syarikat-syarikat besar sejak umur muda lagi. 

“Kepimpinan beliau yang berteraskan pengalaman luas dalam sektor kewangan dan pentadbiran kerajaan telah membawa banyak manfaat kepada negara, terutamanya dalam bidang pelaburan, perdagangan, dan industri. Tidak salah jika beliau mencari tempat untuk terus menyumbang kepada negara,” katanya. 

Sebelum ini Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh mendesak Tengku Zafrul untuk turut meletakkan jawatan sebagai menteri Miti susulan keputusan untuk keluar dari Umno  dan menyatakan hasrat menyertai PKR. 

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kedudukan Tengku Zafrul sebagai  Menteri Perdagangan, Pelaburan dan Industri, tidak terjejas biarpun beliau mengumumkan keluar Umno dan berhasrat menyertai PKR. 

Perdana Menteri berkata, Tengku Zafrul sudah memainkan peranan penting dalam menarik kemasukan pelaburan bernilai ratusan bilion ke dalam negara. – 2 Jun, 2025 

Topics

 

◉ Hangat

Over 23.6 million to benefit as new electricity tariff kicks in July 1

The Energy Commission has set a new average base tariff of 45.40 sen/kWh for RP4, slightly lower than before, bringing overall electricity costs down by up to 19% compared to the previous regulatory period

Apad confirms inDrive licence revoked effective July 24, but company can appeal

Russian-based company can file appeal through the agency for the Transport Ministry's consideration

Short-lived La Niña expected in early 2026, but stable weather to follow

MetMalaysia forecasts cool conditions and brief shifts in rainfall patterns before returning to normal

◉ Related