◉ HEADLINES

Artis terkenal ditahan, didakwa lakukan amang seksual ke atas remaja

Suspek dan mangsa dikatakan berkenalan di sebuah kafe di tempatnya bekerja

5:32 PM MYT

 

KUALA LUMPUR – Seorang artis terkenal ditahan polis semalam selepas didakwa melakukan amang seksual ke atas remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor.

Mangsa dikatakan berkenalan dengan artis berkenaan yang juga pelakon dan penyanyi terkenal itu di sebuah kafe di tempat dia bekerja.

Ketua Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Siti Kamsiah Hassan berkata, suspek sudah ditahan bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Siti Kamsiah memberitahu, artis berkenaan dan mangsa telah bertemu beberapa kali sebelum ini, lapor Bernama.

“Selepas beberapa kali pertemuan suspek kemudian membawa mangsa bertemu di sebuah hotel dan dalam pertemuan itu suspek melakukan amang seksual fizikal kepada mangsa,’’ katanya.

Kertas siasatan, katanya, sedang dilengkapkan dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792). – 4 Jun, 2025

Topics

 

◉ Hangat

Malaysia Airlines tops domestic flight punctuality rankings of 85.3%

National carrier led on-time performance up to May 2025, as government enforces stricter rules on delays and passenger compensation

No, Malays could not fly: Scholars call out pseudohistory

UPSI and DBP academics urge discipline in handling history after Prof Solehah’s claims of Malays teaching China ‘flying kung fu’

End of an era: Ex-Malaysia Airlines A380 faces dismantling in French scrapyard

Once a long-haul icon, the superjumbo is being dismantled for prized components as the airline modernises its fleet with fuel-efficient jets

◉ Related